Lelaki Tumbuk & Tendang Teman Wanita, Paksa Makan Najis Anjing
Seorang wanita berketurunan Thai-Britain yang mendakwa menjadi mangsa dera teman lelakinya telah tampil ke balai polis dan memfailkan tiga pertuduhan terhadap suspek.
Susulan daripada laporan yang dibuat, polis bertindak menahan suspek warga Thailand yang berusia 24 tahun. Semasa soal siasat, suspek mengaku telah memaksa teman wanitanya itu memakan najis anjing sebelum bertindak kejam dengan membunuh haiwan itu.
Tidak terhenti di situ, suspek didakwa menumbuk dan menendang mangsa selain memukul mangsa menggunakan kerusi, mop dan kipas. Akibat perbuatan tersebut, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian termasuk mata, muka, lengan dan kaki.
Bunuh anjing peliharaan mangsa
Menurut sumber, setiap kali selepas membunuh haiwan peliharaan mangsa, suspek akan membelikan anjing peliharaan baru namun perkara tersebut berulang sehinggalah jumlah keseluruhan anjing yang dibunuh suspek adalah sebanyak enam ekor.
Bercerita dengan lebih lanjut, mangsa mendakwa sebelum ini dia mampu bersabar kerana kasihan akan teman lelakinya itu yang mempunyai sejarah hitam sewaktu zaman kanak-kanak apabila pernah melihat ibunya dipukul bapa. Mangsa pada awalnya berharap teman lelakinya itu mampu berubah namun sebaliknya yang berlaku. Mangsa turut mendakwa suspek pernah menyerang saudara maranya selain memukul beberapa bekas teman wanitanya sebelum ini.
Sumber: The Thaiger