Watie Hanifiah Dinasihat Berpakaian Sopan, Menanti Hari Jadi Isteri
Sejak hubungan bersama penyampai radio Shuib diketahui umum, tindakan dan kelakuan usahawan Watie Hanifiah sentiasa menjadi sorotan mata warganet.
Terbaru, kapsyen Watie untuk hantaran foto mengenakan busana berwarna hijau di sebuah restoran makanan mencuri perhatian pengikut. Menerusi entri tersebut, Watie menghitung hari untuk bergelar isteri kepada Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad.
Selain itu, Watie, 35, menyatakan dia terpaksa memadam gambar yang dimuat naik sebelum ini selepas dimarahi.
Another 1 month to go. Masih kapsyen yang sama. Gambar saja kita kasi tukar. Sebab ada yang marah.
Komen netizen
Susulan kata-kata itu, wargamaya meninggalkan komen dengan menasihati Watie untuk menjaga penampilan diri agar tidak terlalu seksi dan menonjol.
Kata mereka, ini juga untuk dijadikan contoh kepada anak-anak kerana ibu bapa menjadi cerminan dalam kehidupan.
Pada 6 Mei lalu, Shuib dan Watie selamat bertunang dalam majlis tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam.
Terdahulu, Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Sumber: Instagram