Sejak bila Mahathir gaduh dengan Muhyiddin?
Oleh Adam Malik
Kenyataan terbaru Tun Mahathir yamg menyatakan beliau akan Kembali berkerjasama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin ,seolah olah mengambarkan selama ini beliau dan Muhyiddin bergaduh dan tidak ‘ngam’.
Ini sebenar nya sekadar kenyataan palsu dan lakonan sahaja.
Mahathir tidak pernah pun bergaduh dengan Muhyiddin selama yang kita tahu.
Bagaimana pula hendak bergaduh jika selama ini sentiasa berkerjasama secara sulit.
Setiap kali Mahathir mahu menjatuhkan seseorang , Muhyiddin jadi pembantu setia nya.
Ketika Mahathir mahu menjatuhkan Anwar Ketika Anwar masih Timbalan Perdana Menteri, TSMY salah seorang yang menyokong.
Kemudian apabila Mahathir mahu menjatuhkan Tun Abdullah , TSMY juga antara yang menyokong.
Ini bersambung sehingga Mahathirn mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak puka, dan TSMY setia membantu, malah berperanan besar dalam kejatuhan DSNR.
Maka, kenyataan Mahathir mahu berkerjasama dengan TSMY walau sudah bergelar Kluster Mahkamah tidak menghairan kan sesiapa pun.
Mahathir terpaksa berlakon bergaduh dengan TSMY demi mahu menunjukan beliau tidak menipu konon nya beliau menyerah jawatan Perdana Menteri milik Anwar Ibrahim kepada Istana dan TSMY mencuri melalui Sheraton Move.
Itu sebenar nya.
Mahathir perlu keluar dari Parti Bersatu supaya yang membenci nya boleh masuk PPBM dan mahathir hanya perlu kawal dari luar.
Sejarah Mahathir apabila membenci seseorang atau bergaduh betul betul , selalu nya di iringi Tindakan dan Gerakan menjatuhkan.
Ambil contoh, beliau cuba menjatuhkan Najib Razak.
Segala usaha dan tenaga dicurah dari segi lemparan fitnah , kritikan , dan juga pelbagai Gerakan sehingga Najib tumbang.
Begitu juga apabila hendak menjatuhKn Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim.
Namun , dengan TSMY langsung tidak ada apa apa Gerakan dan Tindakan.
Mahathir menggunakan TSMY untuk mengelak menyerah jawatan PM kepada Anwar seperti dijanjikan.
Maka, tidak perlu lah untuk pedaya rakyat bahawa konon mahu berkerjasama dengan TSMY yang sudah menjadi Kluster Mahkamah , dimana selama ini kluster Broker UMNO juga berkerjasama dengan TSMY atas sebab ikut rencana Mahathir.
Mana mungkin, dua orng individu yang berkongsi Kroni mahu bergaduh pula.