Mahathir selesa tunggang BERSATU dan PAS

Oleh – Bakhtiar Omar


Mahathir selesa tunggang BERSATU dan PAS

Bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Mahathir semakin selesa dan bersedia untuk tunggang BERSATU dan PAS kononnya demi Melayu.



Terbaru, Mahathir menyatakan kesanggupan beliau untuk kembali bersama Muhyiddin Yassin selepas 3 tahun dipecat dari BERSATU.

Muhyiddin yang kini berdepan dengan kes di Mahkamah juga mengambil peluang untuk menjadikan Mahathir sebagai perisai politik.

PAS yang diwakili Presiden mereka sudah memulakan langkah awal pertemuan dengan Mahathir kononnya untuk merealisasikan perjuangan Melayu. Hakikat yang ramai bercakap mengenai tindakan PAS, segalanya berkisar kepada kewangan BERSATU yang dikatakan dibekukan SPRM kerana siasatan dilakukan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sedia bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Dalam satu kenyataan di media sosial, Muhyiddin berkata kerjasama itu adalah demi perjuangan membela agama, bangsa, dan negara.

“Saya menyambut baik kenyataan Dr Mahathir yang bersedia bekerjasama dengan saya demi matlamat untuk memperjuangkan nasib orang Melayu dan Islam. – Muhyiddin sedia terima Mahathir kembali – 2/6/2023

Dalam hal ini, Mahathir sememangnya bijak untuk ‘membodohkan’ dua parti sekaligus. Menggunakan kedua-dua parti bagi mencapai maksud serta jaminan dari Muhyiddin sekiranya Perikatan Nasional kembali ke Putrajaya.

Apabila pihak SPRM berjaya membawa pulang saksi dalam kes 1MDB, seolah menimbulkan kegerunan terhadap Mahathir. Apatah lagi apabila SPRM menyiasat kehilangan wang yang berlaku dalam tahun tertentu serta siasatan yang dilakukan terhadap 2 individu dipercayai rapat dengan Mahathir, ini menyebabkan Mahathir perlu segera mencari ‘perlindungan’.



Apa yang boleh dilakukannya ialah mencari sumber yang dipercayai akan menguasai kerajaan dan penawaran timbal balik akan dilakukan. Ini sebenarnya yang sedang dilakukan Mahathir untuk memastikan beliau serta keluarga tidak diheret ke Mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan RM232.5 juta dan dua pertuduhan pengubahan wang haram RM195 juta, tiga tahun lalu.

 

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat Muhyiddin didakwa sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) telah menggunakan kedudukannya untuk empat suapan masing-masing RM200 juta, RM1juta, RM19.5 juta dan RM12 Juta yang kesemuanya berjumlah RM232.5 juta.- Kes Muhyiddin – 26/5/2023

Bagi BERSATU, kerjasama dengan Mahathir difikirkan akan mengembalikan kegemilangan seperti yang pernah mereka kecapi pada 2018. Hakikatnya, rakyat sedar apa yang dilakukan BERSATU hanyalah berkisar mengenai KUASA MEMERINTAH. Begitu juga dengan PAS yang baru mencicipi keenakan berkuasa di peringkat Persekutuan.



Akhirnya perjuangan Mahathir, BERSATU dan PAS hanyalah dongeng Pak Kadok yang enak didengar di telinga hasilnya hanyalah bunyi tin kosong.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading