Airbus labur dalam simulator penuh heli

Airbus labur dalam simulator penuh heli

Airbus labur dalam simulator penuh heli
Anand Stanley

AIRBUS menyasar untuk mengukuhkan perkongsian dan pelaburan sedia ada dalam ekosistem tempatan, selepas melihat Malaysia sebagai pasaran penting kumpulan aeroangkasa terkemuka dunia itu.

Presiden Airbus Asia Pasifik, Anand Stanley berkata, ia termasuk melabur dalam simulator penerbangan penuh helikopter yang ketiga di Subang, Selangor, dirancang untuk mula beroperasi pada 2026.

“Mengiktiraf kenaikan permintaan untuk aset helikopter baharu di Malaysia bagi mengukuhkan pertahanan dan keselamatan negara, Airbus kini sedang mengatur keupayaannya ke arah menyokong pertumbuhan ini.



“Inilah di mana helikopter model H225M pelbagai peranan yang terbukti dalam pertempuran boleh menjalankan pelbagai keperluan misi, termasuk operasi khas, mencari dan menyelamat semasa pertempuran/mencari dan menyelamat (CSAR/SAR) dan juga pengangkutan taktikal,” katanya pada sidang media sempena Pameran Defence Services Asia (DSA) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Stanley berkata, Malaysia kekal sebagai pasaran penting Airbus, dengan syarikat aeroangkasa terkemuka komited untuk mengukuhkan kehadiran di negara ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak




Katanya, Malaysia menjadi pusat operasi bagi perniagaan helikopter tentera serta pasaran penting pertahanan dan aeroangkasa kepada kumpulan berkenaan.

“Malaysia sudah menjadi pangkalan pelanggan utama bagi syarikat merentasi rangkaian produk pesawat komersial, helikopter, pertahanan dan ruang angkasa.

“Sebagai rakan kongsi strategik Malaysia, Airbus sudah membangunkan kerjasama industri meluas dan kukuh yang membawa pelbagai manfaat kepada ekonomi tempatan,” katanya.

Beliau berkata, memandangkan Malaysia perlu menggantikan beberapa aset lama dalam jangka masa yang lebih panjang, terutama dalam peranan separuh awam (parapublic) seperti penguatkuasaan undang-undang, model H135 menjadi penyelesaian tepat untuk memenuhi keperluan ini.



“Model ini semakin popular yang mana lebih daripada 1,500 unit berada dalam perkhidmatan,” katanya.

Airbus labur dalam simulator penuh heli


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perlu masa lagi sebelum boleh tangkap Mahathir, kata Azam Bak



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button