Kes Dana Judi Kini Di Siasat PDRM Dan LHDN
Kes Dana Judi Kini Di Siasat PDRM Dan LHDN
Pada 25 Mei yang lalu, Menteri Undang Undang Dan Reformasi Institusi, Azalina Othman, memaklumkan kepada Dewan Rakyat tiada kertas siasatan dibuka oleh SPRM berkenaan kes dana judi yang diterima oleh sebuah parti politik.
Kenyataan Azalina itu dibuat dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, yang membangkitkan isu tersebut.
Jawapan bertulis dari Azalina itu telah diputar belitkan oleh Perikatan Nasional (PN).
Mereka mendakwa Anwar Ibrahim telah membuat fitnah ke atas Perikatan Nasional.
PAS pula telah menuntut supaya Anwar meminta maaf secara terbuka atau tindakan undang-undang akan diambil.
Sebagai respon, Azalina menjelaskan, kenyataan beliau itu tidak bermakna siasatan terhadap kes tersebut sudah dihentikan.
Terkini, Azalina menjelaskan, kes itu sedang diteliti oleh pihak PDRM dan LHDN.
Mengapa SPRM tidak membuka kertas siasatan dan sebaliknya menyerahkan kes tersebut kepada PDRM dan LHDN.
SPRM hanya mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan penggubahan wang haram.
Ada beberapa syarikat judi di Malaysia yang diberikan lesen oleh kerajaan untuk menjalankan aktiviti perniagaan perjudian.
Dan dari sudut undang-undang negara, hasil dari perjudian tersebut tidak boleh ditakrifkan sebagai wang haram kerana ianya berlesen.
Jadi tidak ada asas untuk SPRM membuka kertas siasatan.
Manakala pendanaan politik pula sememangnya dibenarkan di Malaysia.
Tidak ada undang-undang yang melarang mana-mana individu atau syarikat untuk memberikan sumbangan kepada parti politik.
Mungkin Sah Di Sisi Undang Undang Tetapi Adakah Halal Di Sisi Syarak?
Cuma, sekiranya dengan sumbangan yang diberikan itu disertakan dengan kontrak projek, maka ianya tidak lagi dianggap sebagai dana politik.
Tetapi ianya lebih cenderung kepada rasuah politik.
Oleh sebab itu, kes ini telah diserahkan kepada pihak PDRM untuk diteliti.
Manakala LHDN pula akan menyiasat sama ada sumbangan dana politik yang dimaksudkan itu bertujuan untuk lari dari membayar cukai.
Sekiranya terbukti, maka pihak LHDN boleh membuat pendakwaan di mahkamah.
Bagi penulis, apakah perkara yang paling asas sekali?
Sama ada dana tersebut sah atau tidak dari sudut undang-undang, dana yang datangnya dari hasil judi adalah HARAM di sisi syarak.
Bagaimana sebuah parti politik yang mendakwa memperjuangkan Islam setuju untuk menerimanya bagi tujuan kempen pilihanraya?
Kes Dana Judi Kini Di Siasat PDRM Dan LHDN
Di Syorkan Untuk Anda:
- Benarkah Kerajaan China Sudah Menahan Jho Low?
- Pertuduhan Ke Atas Pegawai SPRM Dan ‘Datuk Roy” Membuktikan Betapa Rosaknya Perikatan Nasional
- Masa Hadapan Malaysia Bergantung Kepada Keputusan 6 PRN