PBB keluar amaran bahaya kecerdasan buatan
PBB keluar amaran bahaya kecerdasan buatan
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres mengeluarkan amaran tentang bahaya kecerdasan buatan dan menggesa penubuhan sebuah badan kawal selia.
“Amaran mengenai bentuk terbaru kecerdasan buatan – AI generatif – agak membimbangkan.
“Saintis dan pakar telah menyeru dunia untuk bertindak, mengisytiharkan AI sebagai ancaman nyata kepada manusia setanding dengan risiko perang nuklear. Kita mesti mengambil serius amaran itu,” kata Guterres pada sidang media di New York pada Isnin, lapor Xinhua.
Guterres membentangkan laporan mengenai PBB membuat cadangan tentang cara menangani AI di seluruh dunia dan mengumumkan rancangan untuk mewujudkan badan penasihat peringkat tinggi mengenai isu itu.
Beliau turut menyokong penubuhan pihak berkuasa kawal selia, tetapi ia tidak boleh diwujudkan oleh beliau sahaja, melainkan dengan kerjasama negara anggota PBB.
PBB keluar amaran bahaya kecerdasan buatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :