Bukan Mukhriz tetapi Mahathir akan diangkat MB Kedah?

Oleh – Bakhtiar Omar


Bukan Mukhriz tetapi Mahathir akan diangkat MB Kedah?

Nama Mukhriz Mahathir kembali panas bila MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan berlaku pertemuan antara Mukhriz dengan pimpinan tertinggi PAS.



Spekulasi bertiup menyatakan Mukhriz akan mendapat 1 kerusi di Kedah menjelang Pilihanraya Negeri akan datang. Lebih menarik, Mukhriz turut dikatakan akan kembali ke Seri Mentaloon sebagai Menteri Besar Kedah.

“Saya difahamkan Mukhriz ada berjumpa dengan beberapa pemimpin PAS. Tak pasti di mana pertemuan itu dilakukan tetapi ada jumpalah.

“Saya pun tidak pasti apa perbincangan itu kerana saya tiada dalam perjumpaan itu,” – SANUSI SAHKAN PERTEMUAN MUKHRIZ

Namun demikian, ada yang lebih menarik perhatian disebalik kisah Mukhriz Mahathir. Ramai akan terperanjat dengan perancangan sebenarnya yang masih disorokkan dan hanya akan didedahkan pada saat akhir.



Bagi menebus kekalahan yang memalukan serta mencemar rekod politik Tun Mahathir, beliau dijangkakan bertanding di salah satu DUN di Kedah.

Yang agak menariknya, Mahathir dikatakan akan bertanding di DUN Ayer Hangat yang berada dalam Parlimen Langkawi.

Jangan terkejut sekiranya Mahathir sendiri akan dicalonkan sebagai MB Kedah dan bukannya Mukhriz atau Sanusi.

Segala kemungkinan ini boleh berlaku kerana PAS dan BERSATU telah bersetuju dengan Proklamasi Melayu yang dibawa Mahathir sebagai modal PRN.



Ini berikutan kesanggupan Muhyiddin kembali bekerjasama dengan Mahathir bagi menghadapi PRN 6 negeri yang akan dibubarkan tidak lama lagi.

Sebagai rekod, DUN Kuah dan Ayer Hangat diwakili oleh Perikatan Nasional, begitu juga Parlimen Langkawi jadi tidak ada masalah timbul untuk mereka bekerjasama.

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya, penyandang kerusi Langkawi itu sekadar meraih sebanyak 4,566 undi.

Kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon Perikatan Nasional, Mohd. Suhaimi Abdullah dengan 25,463 undi. – LAPORAN KOSMO



Dalam PRU15, Mahathir kalah teruk dan hilang wang deposit apabila gagal mengekalkan kerusi Langkawi selepas tewas kepada calon Perikatan Nasional.

Bagi menjaga pengasas BERSATU dan bekas Timbalan Presiden BERSATU, langkah memberikan kerusi DUN untuk ditandingi merupakan langkah yang akan dijadikan model kerjasama dalam ‘Proklamasi Melayu’.

Bukan Mukhriz tetapi Mahathir akan diangkat MB Kedah?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button