Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’

Pembantu rumah lari ikut kekasih, sanggup panjat pagar berduri

Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’

Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’
Pembantu rumah Cik B melarikan diri.

ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B mendedahkan dua orang pembantu rumah mereka hilang melarikan diri pada pagi Rabu.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen, 18, memberitahu kedua-dua mereka sanggup memanjat pagar setinggi 12 kaki untuk keluar daripada kediaman mewah berkenaan.

Hasil pemerhatian, Cik B berkata mereka menggunakan getah paip sebagai alat untuk memanjat pagar dan meloloskan diri.



Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’
Cik B berharap pembantu rumahnya dapat menjaga diri dengan baik.

 

 

“Bibik (pembantu rumah) ambil tali paip ini dan sangkutkan ke luar, kemudian dia buat macam filem Mission Impossible la. Memang padu.

“Merentasi dawai berduri, melompat 12 kaki demi lelaki. Kalau kekasih dia tak sayang dia lagi, tak tahulah nak cakap apa, sanggup lompat pagar 12 kaki dawai berduri.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


“Saya memang tabik. Untuk lelaki itu, jagalah bibik saya itu elok-elok ya. Dia satu dalam sejuta,” katanya.

Cik B berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok miliknya pada Rabu.



Dalam video berdurasi 2 minit 47 saat itu, Cik B dan Vida atau Hasmiza Othman, 52, menunjukkan bilik pembantu rumahnya yang sudah ditinggalkan kosong.

Dalam pada itu, Cik B yang juga merupakan penyanyi ini turut meninggalkan pesanan buat kedua-dua pembantu rumahnya itu.

Cik B berharap agar mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama sekiranya bekerja di tempat baharu nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




“Satu pesanan saya buat bibik Fadila dan Wati, saya tahu bibik suka main TikTok. Kalau video ini terlintas di TikTok bibik, saya nak cakap bibik nanti dekat luar sana berhati-hatilah.

 

Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’
Gelagat dua beranak yang sering mencuri perhatian.

“Janganlah buat macam ini dekat orang lain. Kami sebenarnya memang marah tetapi perasaan risau itu lebih banyak kerana bibik sudah di luar penjagaan kami.



“Jadi, jaga diri baik-baik dan jangan ulangi perkara yang sama di tempat lain. Kerja baik-baik,” ujarnya.

Usaha mStar mendapatkan maklumat mengenai kehilangan pembantu dipercayai warga asing ini tidak berjaya apabila Vida tidak menjawab panggilan dibuat.

Cik B tabik bibik berani buat aksi filem ‘Mission Impossible’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading