Disoal ‘What Do You Do For A Living, Peminat Kagum Shuib Fasih ‘Speaking’ Dan Jawab Dengan Penuh Keyakinan

Kunci penguasaan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah bermula dengan membina keyakinan menggunakan bahasa itu sendiri sama ada dalam pertuturan atau penulisan.

Keyakinan di sini bermaksud, kita tidak takut berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Tiada keyakinan biasanya disebabkan takut membuat kesilapan tatabahasa dan sebutan. Kita bimbang ditertawakan dan dilihat tidak bijak. Ini semua menyumbang kepada kurangnya atau tidak adanya keyakinan dalam berbahasa Inggeris.

Jika imbas semula bagaimana kita menguasai bahasa ibunda sewaktu kecil dahulu, ianya bermula dengan percubaan kita untuk bertutur dahulu dengan melakukan beberapa kesilapan tatabahasa, pemilihan perkataan, penyusunan ayat dan sebutan.

Kesilapan tersebut kadang-kadang dibetulkan atau kadang-kadang tidak sehingga kita sendiri sedar akan kesalahan tersebut. Hal ini adalah sama dalam kita mempelajari bahasa Inggeris.

DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

Kita perlu menggunakan bahasa itu dahulu sebelum mengetahui cara penggunaannya yang betul dari pembelajaran di sekolah atau dari sumber yang lain.

Sebaliknya jika mula belajar bahasa Inggeris dengan mempelajari tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebutannya dahulu, tanpa menggunakan dalam pertuturan dan penulisan, kita semestinya tidak dapat membina keyakinan diri untuk menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa itu adalah untuk digunakan supaya kita dapat berkomunikasi.

Oleh itu gunakanlah ia untuk berkomunikasi dahulu dan pelajari tentang tatabahasa dan yang lain-lainnya setelah keyakinan kita untuk menggunakannya diperolehi.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelawak terkenal Shuib meraih pujian warganet apabila tular sebuah video temu bual mengenai dirinya namun soalan yang diajukan merupakan dalam bahasa Inggeris.

Disoal ‘What Do You Do For A Living, Peminat Kagum Shuib Fasih ‘Speaking’ Dan Jawab Dengan Penuh Keyakinan

Apa yang lebih mengejutkan, Shuib dengan yakin menjawab kesemua soalan yang diajukan dalam bahasa Inggeris tanpa rasa kekok dan yakin.

Disoal ‘What Do You Do For A Living, Peminat Kagum Shuib Fasih ‘Speaking’ Dan Jawab Dengan Penuh Keyakinan

Disoal ‘What Do You Do For A Living, Peminat Kagum Shuib Fasih ‘Speaking’ Dan Jawab Dengan Penuh Keyakinan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keberanian pelawak kesayangan ramai itu kerana tidak malu untuk bertutur meskipun masih ada yang mentertawakan dirinya.

Dalam video berkenaan, Shuib menasihatkan orang ramai untuk tidak mengalah serta teruskan berusaha untuk mencapai segala yang diinginkan.

Disoal ‘What Do You Do For A Living, Peminat Kagum Shuib Fasih ‘Speaking’ Dan Jawab Dengan Penuh Keyakinan

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button