Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”

“Satu tribunal kehakiman wajar ditubuhkan untuk menyiasat dan mengambil tindakan ke atas perkara ini berdasarkan peruntukan dalam Artikel 125 Perlembagaan Persekutuan ke atas salah laku hakim. ISHAM JALIL- 19 Jun 2023”

Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam berkaitan isu Hakim kontroversi semalam telah mengundang pelbagai reaksi rakyat.

Rata rata rakyat merasa terkejut kerana pengumuman anwar itu dilihat sebagai melawan arus dan berlawanan dengan presepsi rakyat.



Lebih mengejutkan , apabila sekian lama sunyi senyap , tiba tiba DSAI membuat penjelasan tentang isu yang ditunggu tunggu oleh rakyat.

Tambah lagi , masa yang diambil begitu lama untuk menjelaskan isu.

Sebaik sahaja DSAI membuat kenyataan yang begitu jelas menggunakan laporan versi Tengku Maimon , seorang anggota Majlis Kerja Tertinggi UMNO , Isham Jalil membuat kenyataan supaya keputusan diadakan kajian semula.



 

“Saya ingin menyarankan untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan supaya kerajaan yang diketuai oleh YAB Perdana Menteri Anwar melihat semula tentang penglibatan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada tahun 2010 dan bagaimana fakta ini menyebabkan ketidakadilan ke atas Dato’ Sri Najib dalam penghakiman ke atasnya”- Isham Jalil

Saranan Isham Jalil boleh dikira sebagai amat wajar memandangkan kes Hakim Nazlan ini telah menjadi begitu meluas dan menjadi kepentingan umum.

Tambah lagi , sebelum hal ini diumumkan oleh DSAI, rakyat telah dimaklumkan akan kesalahan kesalahan serta perlanggaran etika yang begitu jelas dilakukan oleh Nazlan Ghazali melalui dokumen dokumen bocor Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.



Ini bermakna . fakta berkenaan isu Nazlan sudah ‘publicly known”

Bagaimana DSAI boleh memberi makluman dan berlawanan dari apa yang sudah diketahui rakyat amat mengejutkan.

Hakim Mohd Nazlan sebelum ini tidak pernah mendedahkan bahawa beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Am dan Setiausaha Kumpulan Maybank antara 2006 hingga 2015 dan dia juga tidak memasukkan mana-mana kenyataan bahawa Maybank terlibat dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd pada 2010 walhal Maybank mempunyai peranan dalam penubuhan SRC”- Isham Jalil



Pelanggaran etika berkenaan tidak jujur untuk mengistiyar diri ada kepentingan mengakibatkan kesn Datuk Seri Najib Razak berjalan secara tidak adil kerana pasti sekali perbicaraan tidak boleh dilaksana kan dengan penuh keadilan apabila hakim sendiri mahu menjaga kepentingan nya.

Maka, amat wajar lah kerajaan menubuhkan badan tribunal menyiasat Hakum kontroversi demi menjaga nama bauk badan kehakiman yang kini imej nya semakin parah dan mengalami defisit kepercayaan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button