Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru

Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru

Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru
Neera menganggap kerjaya awan biru lebih memenatkan dari segi mental dan fizikal, berbanding lakonan. – NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Meskipun bertugas sebagai pramugari selama setahun, pelakon Neera Azizi, 25, tidak kesal menamatkan kerjaya awan biru dan memilih lakonan sebagai punca rezeki.

Neera atau nama sebenarnya, Nurazneera Azizi, dia tetap puas apabila cita-citanya semasa kecil tercapai dan menyifatkan tindakannya meletakkan jawatan sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan untuk fokus terhadap kerjaya lakonan sebagai keputusan tepat.

“Saya bertugas sebagai pramugari selepas tiga tahun bergelar pelakon pada 2019 untuk mengutip pengalaman. Bukan disebabkan tidak laku berlakon, saya tetap berlakon semasa bekerja sebagai pramugari.



“Namun, ia memenatkan sehingga tiada masa untuk berehat. Dan ibu juga memberi pilihan sama ada saya mahu teruskan kerjaya pramugari atau berlakon sepenuh masa.

“Saya pilih lakonan selepas setahun bertugas di awan biru. Namun, saya tidak menyesal kerana saya lebih merindukan dunia lakonan dari bekerja sebagai pramugari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?




“Ini kerana jiwa saya lebih kepada dunia lakonan,” katanya kepada BH Online.

Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru
Neera tampil dengan siri terbitan platform penstriman, Viu berjudul Alter-Naratif dengan menjayakan watak Kina Jaafar. – NSTP/Aziah Azmee

Kata Neera, bertugas awan biru sememangnya lebih memenatkan dari segi mental dan fizikal, berbanding lakonan.

Namun, katanya, kerjaya itu banyak mengajarnya soal pengurusan masa dan memberi keyakinan diri berdepan khalayak.

“Keputusan dibuat ternyata tepat apabila tidak sampai sebulan selepas letak jawatan, dunia diserang pandemik COVID-19 sehingga melumpuhkan sistem penerbangan negara.



“Sebulan selepas berhenti, terus pandemik dan ramai kru kabin diberhentikan. Jadi, ada hikmahnya saya berhenti.

“Dari zaman sekolah, saya pernah katakan ada dua perkara yang ingin dilakukan iaitu berlakon dan kru kabin.

“Kedua-dua dicapai, jadi setahun sebagai kru kabin sudah memadai bagi saya.

“Bagi yang tidak tahu, jadi kru kabin sangat memenatkan dan tidak cukup rehat,” katanya yang baru selesai menjayakan penggambaran drama Rajuk Karina.



Terbaharu, Neera tampil dengan siri terbitan platform penstriman, Viu berjudul Alter-Naratif dengan menjayakan watak Kina Jaafar.

Lebih rindukan lakonan berbanding kerjaya awan biru


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button