Angka kematian serangan di sekolah Uganda meningkat 41 orang

Angka kematian serangan di sekolah Uganda meningkat 41 orang

Angka kematian serangan di sekolah Uganda meningkat 41 orang
Foto hiasan

KAMPALA: Angka kematian dalam serangan ke atas sebuah sekolah di barat Uganda meningkat kepada sekurang-kurangnya 41 daripada 25 yang diumumkan sebelum ini oleh polis, kata media Uganda hari ini.

Televisyen NTV Uganda menerusi Twitter menyebut jumlah korban seramai 41 orang, manakala akhbar New Vision milik kerajaan berkata ia membabitkan 42 mangsa.

Polis, yang berkata militan yang ada kaitan dengan Negara Islam berada di belakang serangan itu, sebelum ini meletakkan jumlah korban pada 25 orang.



Laporan awal sebelum ini menyatakan sekurang-kurangnya 25 orang maut dalam ‘serangan pengganas’ di sebuah sekolah di barat Uganda, didalangi anggota Daesh yang bersekongkol dengan Pasukan Demokratik Bersekutu (ADF), kata jurucakap polis, Fred Enaga, semalam.

“Setakat ini 25 mayat ditemui di sekolah berkenaan dan dipindahkan ke Hospital Bwera,” katanya menjelaskan serangan waktu malam itu berlaku dekat sempadan Republik Demokratik Congo (DRC).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?




Tambah Enanga, ADF, yang berpangkalan di timur DRC, menyerang sebuah sekolah menengah dekat Bwera di mana ‘asrama dibakar dan stor makanan dirompak’.

“Selain itu, lapan mangsa ditemui dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Bwera,” katanya.

Angka kematian serangan di sekolah Uganda meningkat 41 orang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button