PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

Oleh – Bakhtiar Omar


PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

 



PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

245 kerusi Dewan Undangan Negeri di 6 buah negeri akan dikosongkan menjelang hujung bulan Jun 2023 bagi membolehkan PRN (Pilihan Raya Negeri) diadakan.

Bagi membolehkan Kerajaan Negeri baru dibentuk semula selepas genap 5 tahun tempoh mandat yang diberikan pada PRU14 pada 2018.

Dari 6 buah negeri tersebut, tidak ada sebuah negeri dimiliki sepenuhnya Barisan Nasional (BN). 3 milik Perikatan Nasional dan 3 milik Pakatan Harapan.



Pada PRU15, BN menghadapi defisit kerusi paling teruk dalam sejarah parti tersebut dengan Umno hanya menang 26 kerusi. Ada yang berkata ia akibat ketiadaan Najib Razak dalam kempen PRU15.

‘POSTER BOY’ HANYA ‘PAK TURUT’ BEKAS PM?

Tidak menafikan ketiadaan Najib dalam siri kempen memberi kesan secara langsung dan tidak langsung terhadap BN, BN bergelut dengan isu ‘Poster Boy’ yang ternyata tidak diterima kebanyakan pengundi. Ini perlu diakui oleh bekas Naib Presiden Umno, Ismail Sabri bahawa beliau bukanlah individu yang digemari semua rakyat.

Bagaikan ‘Merak Kayangan’, Pengikut Ismail Sabri bertegas mahu Presiden Umno, Zahid Hamidi memenuhi janji menjadikan Ahli Parlimen Bera sebagai ‘poster boy’ dan perlu dipasang di seluruh negara semasa kempen berlangsung.

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?



Natijahnya?

Digambarkan sebagai seorang pemimpin yang akur dengan kehendak Muhyiddin Yassin dan kononnya menghormati ‘Perjanjian’, rakyat melihat Ismail sangat lemah untuk diangkat semula sebagai Perdana Menteri.

 

Kronologi yang sebenarnya boleh dijadikan pengajaran namun sejarah jangan dilupakan.



Yang perlu difikirkan sekarang, adakah BN berisiko berdepan PRN tanpa Najib sekali lagi?

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

Mengulas risiko yang dihadapi Pakatan Harapan pada PRN ini, mereka perlu sokongan kuat dari pengundi BN bagi mengekalkan penguasaan di 3 buah negeri. Dengan kewujudan Kerajaan Perpaduan, seluruh tenaga dan fikiran PH dan BN perlu digemblengkan bagi mencapai kejayaan.

Namun, hakikat yang perlu disedari Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri, tanpa Najib, tanpa kelibat Najib, tanpa suara Najib, tanpa kehadiran Najib dalam kempen PRN, ia hanya menambah risiko buat PH kerana sukar meyakinkan penyokong serta pengundi BN untuk keluar mengundi di mana calon Kerajaan Perpaduan bertanding.



Najib sedang menjalani hukuman di Kajang namun ramai percaya beliau tidak mendapat pengadilan sewajarnya dan ini memberi persepsi yang tidak bagus untuk Kerajaan yang sering melaungkan keadilan buat seluruh rakyat Malaysia.

PERIKATAN NASIONAL ‘TAKUT’ POPULARITI NAJIB

Tetapi bagi Perikatan Nasional, ketiadaan Najib merupakan satu rahmat buat mereka kerana tiada individu yang boleh memberi tekanan terhadap mereka seperti yang pernah Najib lakukan sebelum ini.

Lihat sahaja 2 kempen PRN, Melaka dan Johor bila Muhyiddin Yassin tidak berdaya untuk menyaingi Najib dalam kempen pada ketika itu. Segala hujah amat mudah dipatahkan Najib, segala serangan hanya perlu dikuis Najib.



Malah, PN sedar, imej Najib terlalu kuat untuk mereka bendung dan lawan. Jadi, PN lebih mahu menekan Kerajaan Perpaduan, Anwar Ibrahim serta kepimpinan PH agar tidak membantu atau bertindak menyokong pembebasan Najib dalam waktu terdekat bagi mengurangkan risiko buat mereka.

PRN tanpa Najib, risiko kepada PN,PH atau BN?

Anwar perlu ingat, jika Kerajaan Perpaduan gagal dalam PRN, imej beliau akan merudum dan populariti Kerajaan semakin terhakis dari ingatan rakyat. 

Walaupun Kerajaan di peringkat Persekutuan tidak akan terjejas, imej beliau akan tercalar teruk dan dilabelkan sebagai PM GAGAL seperti Muhyiddin Yassin.

Terpulang kepada Anwar Ibrahim untuk tindakan lanjut yang boleh memberi sinar buat Kerajaan Perpaduan.

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading