Ramai penyokong UMNO berasa hati berada dalam dilema akibat kenyataan Anwar Ibrahim.

 

Ketika negara sedang hadapi masalah ekonomi , tiba tiba Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meledak kan sebutir bom memberi penjelasan berkenaan kes hakim kontroversi Nazlan Mohd Ghazali.

Hakim Nazlan  yang juga dikenali dengan gelaran “Hakim National Embarrassment’ oleh warga internet Ketika kisah kisah nya tersebar berkaitan dokumen bocor SPRM  Ketika kendali kes Datuk Seri Najib Razak .



Keperluan apa DSAI memberi penjelasan disaat ini , sangat membingungkan banyak pihak.

Kenyataan yang dibuat sebagai Perdana Menteri sangat mencurigakan dan sangat menimbulkan syak wasangka yang tidak diperlukan.

Paling tidak boleh diterima ada lah kenyataan dibuat pula sangat bebaur kenyataan ‘anti-Najib” dan melawan arus berlawaanan denga apa yang sudah diketahui oleh rakyat.



Berkaitan hal ini, pihak kami sempat meninjau banyak pendapat pendapat d MEDSOS dan grup grup politik sambil membaca beratus ratus komen di laman media sosial.

Dapatan kami, pihak pro Datuk Seri Najib Razak dan pro UMNO sangat berasa hati dan sangat kecewa dengan kenyataan PMX.

Perasaan marah dan kecewa semua terluah pada komen koomen dan tidak kurang juga luah perasaan marah dan maki hamun.

Kesimpulan nya , rata rata tidak puas hati kepada kenyataan Pedana Menteri.



Boleh dikata kan mereka yang ambil pendirian “neutral” sebelum ini juga sudah mula sangsi dengan Anwar dan kepimpinan UMNO.

Kepimpinan UMNO perlu segera mengambil posisi memberi penerangan dan penjelasan dan membawa ‘ray of hope” kepada golongan ini jika tidak mahu kehilangan sokongan mereka pada PRN akan datang.

Boleh dikatakan majoriti mereka masih setia kepada kepimpinan tetapi merasa keraguan mula melanda dan berada didalam dilema akibat kenyataan terbaru Anwar Ibrahim terhadap Hakim Nazlan.

Pihak kepimpinan UMNO harus ambil jalan seperti yang dilakukan oleh Saudara Isham Jalil dimana beliau pantas mendesak dan menyeru diadakan tribunal terhadap Hakim Nazlan.



Ini sekurang kurang nya memberi sedikit harapan kepada penyokong DSNR dan juga UMNO.

Memilih berdiam diri boleh dikira mengambil risiko kehilangan penyokong UMNO , bahkan risiko hilang sokongan rakyat yang bukan ahli UMNO tetapi menyokong UMNO kerana suka kepada DSNR.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button