Kelantan FC dibelasah Sri Pahang
Kelantan FC dibelasah Sri Pahang
KOTA BHARU: Kelantan FC terus kemarau kemenangan apabila kecundang 5-0 di tangan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.
Tampil dengan hampir separuh pemain baharu, terutamanya barisan skuad bawah 23 tahun, tuan rumah dikejutkan dengan gol awal pelawat minit ketujuh hasil jaringan pemain naturalisasi, Sergio Aguero.
Pada minit ke-20, Muhaimin Izzudin Muhamad Asri gagal dalam usaha menyamakan kedudukan apabila sepakannya melambung tinggi melepasi palang gol.
Tok Gajah menggandakan kedudukan apabila pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim, Fadhli Shas menanduk masuk tiga minit selepas rehat.
Anak buah Fandi Ahmad terus menghukum benteng tuan rumah apabila Kpah Sherman meledak masuk gol ketiga pada minit ke-58 sebelum Fadhli menambah gol keempat dan kedua peribadinya tiga minit kemudian.
Sherman, penyerang berusia 31 tahun dari Liberia, melengkapkan malam penuh gembira buat Sri Pahang dengan gol kelima empat minit sebelum wisel penamat.
Kemenangan itu membolehkan Sri Pahang melonjak ke tangga ketiga Liga Super dengan 31 mata selepas 15 perlawanan, sama mata dengan pasukan tangga kedua Selangor FC.
Kelantan FC kekal terperosok di tangga tercorot liga dengan hanya mengumpul empat mata selepas 14 perlawanan.
Kelantan FC dibelasah Sri Pahang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian