Neves bukti Arab Saudi tidak hanya beli ‘kuda tua’

Neves bukti Arab Saudi tidak hanya beli ‘kuda tua’

Neves bukti Arab Saudi tidak hanya beli 'kuda tua'
Kapten Wolves, Ruben Neves menandatangani kontrak tiga tahun bersama kelab Arab Saudi, Al-Hilal. – Foto AFP

PARIS: Kapten Wolves, Ruben Neves antara nama besar terkini berpindah ke Arab Saudi apabila pemain 26 tahun Portugal itu menyertai Al-Hilal.

“Dari Wolves ke pasukan terbesar di Asia,” umum Al-Hilal di media sosial selepas pemain itu menandatangani kontrak tiga tahun di Paris.

Neves meninggalkan Wolves selepas enam musim untuk rekod yuran perpindahan tertinggi kelab, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, dilaporkan sekitar 55 juta euro (RM281.24 juta).



Neves, yang tiba di Wolves dari Porto, mempunyai baki setahun dalam kontraknya di Molineux.

Dia menyertai Liga Pro Saudi yang kini sudah mempunyai Karim Benzema, Cristiano Ronaldo dan N’Golo Kante.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian




Neves bagaimanapun masih mempunyai masa depan yang panjang dalam kariernya, tidak seperti Ronaldo dan Benzema yang sudah mencecah usia 38 dan 35 tahun, manakala Kante berusia 32 tahun.

Perpindahan itu mengurangkan sedikit bebanan kewangan Wolves yang perlu melepaskan sebahagian pemainnya bagi mematuhi peraturan Fair Play Kewangan.

Neves membuat 253 penampilan untuk Wolves, meledak 30 gol sejak tiba pada tahun 2017.

Dia membantu kelab memenangi Liga Kejuaraan setahun kemudian dan dua kali berturut-turut menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris di tempat ketujuh.



Wolves turut mara ke suku akhir Liga Europa 2020, tetapi kemudian bergelut untuk mengekalkan prestasi cemerlang mereka dan menamatkan saingan liga di tempat ke-13 musim lalu. – AFP

Neves bukti Arab Saudi tidak hanya beli ‘kuda tua’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button