PDRM FC ‘penjarakan’ Perak FC
PDRM FC ‘penjarakan’ Perak FC
KUALA LUMPUR: Ketiadaan jurulatih, Azzmi Aziz yang ‘direhatkan’ tidak mengganggu rentak PDRM FC apabila merakam kemenangan keempat berturut-turut dengan menewaskan Perak FC 2-1 di Stadium Perak, sebentar tadi.
Keputusan itu menyaksikan Perak FC kini melakar lima kekalahan berturut-turut dan pengendalinya, Yusri Che Lah terus buntu untuk mencari kemenangan pertamanya selepas tiga perlawanan.
Babak awal permainan menyaksikan penguasaan yang seimbang namun tiada percubaan tepat dapat dihasilkan kedua-dua pasukan bagi tempoh 15 minit pertama.
PDRM FC mencipta peluang pertama menerusi hantaran lintang Marcus Macauley pada minit ke-16 yang dikecewakan dengan tandukan kurang kemas oleh Uche Agba.
Pelawat sekali lagi terlepas peluang membuka jaringan selepas percubaan lemah Mohamad Nabil Ahmad Latpi diselamatkan penjaga gol T Shaheeswaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menteri Ekonomi tidak berfungsi, elok mansuhkan jawatan ,kata Sharir Samad.
- PAS Mula Menekan PPBM Dalam Pembahagian Kerusi Pada Pilihanraya Negeri
Shaheeswaran sekali lagi cemerlang menafikan percubaan Mohamad Nabil untuk memecah kebuntuan pada minit ke-47 namun akhirnya tewas dua minit kemudian menerusi penyudah Uche.
Mohamad Nabil yang beberapa kali dikecewakan pada aksi malam ini akhirnya lega selepas menyumbat gol kedua PDRM FC pada minit ke-55.
Perak FC mendapat ‘talian hayat’ selepas mengurangkan defisit hasil gol sendiri James Okwuosa pada minit ke-72 namun gagal mencari gol penyamaan sehingga wisel penamat dibunyikan.
PDRM FC ‘penjarakan’ Perak FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian