Jutawan gagal peperiksaan masuk universiti sebanyak 27 kali
Jutawan gagal peperiksaan masuk universiti sebanyak 27 kali
BEIJING: Seorang jutawan China berusia 56 tahun tular di media sosial selepas gagal dalam peperiksaan kemasukan ke universiti di negara itu untuk kali ke-27 berturut-turut baru-baru ini.
Liang Shi mengambil peperiksaan yang dipanggil ‘gaokao’ sepanjang empat dekad lalu, dengan harapan untuk mendapat tempat di Universiti Sichuan dan memenuhi cita-citanya menjadi seorang intelektual.
Shi dilaporkan berusaha keras sepanjang hidupnya, bermula sebagai pekerja kilang sebelum berjaya menubuhkan perniagaan bahan binaannya sendiri dan menghasilkan berjuta-juta yuan setiap tahun.
Walaupun sudah berjaya dalam empayar perniagaannya, Shi masih memasang impian untuk mendapatkan sijil pendidikan tinggi yang berprestij.
Lelaki itu mengakui sanggup menghabiskan 12 jam sehari belajar dan menahan diri daripada minum atau bermain mahjong malah tidak mengendahkan kritikan warganet yang sering mengejeknya termasuk mengesyaki usahanya itu sekadar untuk mencari publisiti media.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
“Walaupun berbulan-bulan hidup seperti seorang sami yang sedang bertapa, tahun ini saya ketinggalan 34 mata daripada had kelayakan minimum peringkat wilayah untuk memasuki mana-mana universiti.
“Sebelum saya mendapat keputusan itu lagi, saya sudah dapat merasakan saya tidak akan mendapat markah yang cukup tinggi untuk memasuki universiti elit.
“Tetapi saya tidak pula menjangkakan masih tidak layak walaupun untuk memasuki universiti bertaraf sederhana,” katanya.
Setiap kali gagal, Shi sering berikrar untuk mencuba lagi pada tahun hadapan namun buat pertama lelaki itu mengakui mula ragu-ragu dengan usahanya dan belum pasti sama ada mahu meneruskannya atau tidak.-AFP
Jutawan gagal peperiksaan masuk universiti sebanyak 27 kali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
- PN Sudah Ketandusan Isu?
- Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN