Letupan bom di Selatan Thailand, 10 cedera termasuk dua kanak-kanak

PATTANI, 16 Julai — Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak cedera dalam satu insiden letupan bom di Pattani, selatan Thailand.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang (waktu tempatan) semalam, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram, diaktifkan dengan walkie-talkie meletup di Jalan Panare-Sai Buri, Pattani.

Ketua Polis Panare, Pol. Kol Liab Promchan berkata bom itu menyasarkan enam anggota renjer yang sedang menjalani rondaan dengan menaiki tiga buah motosikal.



“Letupan bom itu mencederakan enam anggota renjer termasuk dua cedera parah. Kekuatan letupan bom turut menyebabkan empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak yang berada di tempat kejadian turut mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi.

Liab tidak menolak kemungkinan letupan bom itu bermotifkan dendam susulan kematian seorang anggota militan dalam satu pertempuran di Kg Rawo, Panare minggu lepas.

–BERNAMA




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading