Kanak-kanak maut terbakar ketika tidur dalam bilik
Kanak-kanak maut terbakar ketika tidur dalam bilik
BUTTERWORTH: Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui rentung dalam bilik sebuah rumah di Flat Taman Pantai Bersih, di sini, pagi ini.
Difahamkan, ketika kejadian mangsa dipercayai tidur berseorangan di bilik terbabit sebelum insiden itu disedari ahli keluarganya.
Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Butterworth Mohd Nasir Idris, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.29 pagi berhubung kejadian itu.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran sudah dipadamkan jiran di kawasan itu. Kanak-kanak lelaki itu ditemukan rentung dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
“Ketika kejadian mangsa bersendirian di bilik berkenaan, manakala nenek, ibu dan abang mangsa di ruang tamu sebelum menyedari kebakaran terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Kanak-kanak maut terbakar ketika tidur dalam bilik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelupusan Hutang Felda: Muhyiddin Umum Tapi Tak Buat
- Jangan Di Pandang Sepi Peringatan Dari Yana Najib