Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?

Oleh – Bakhtiar Omar


Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?

Komitmen Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan inisiatif untuk membawa pulang mahasiswa IPTA dan IPTS pulang untuk melaksanakan tanggungjawab selaku pengundi wajar dipuji.



Lebih lagi untuk membawa pulang seramai 15,000 pengundi golongan mahasiswa luar Kelantan untuk mengundi pada 12 Ogos 2023 sempena Pilihanraya Negeri.

Namun demikian, persoalan juga wajar dijawap Kerajaan Negeri Kelantan. Bajet untuk melaksanakan inisiatif tersebut datang dari mana dan mengapa secara tiba-tiba menawarkan inisiatif sedemikian?

Tular kenyataan dari Pejabat SUK Kelantan menerusi sepucuk surat mengenai hasrat Kerajaan Negeri membawa pulang mahasiswa pada tarikh yang telah ditentukan.

Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?



Carian rawak rata-rata harga tiket bas ekspress dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu mencatatkan RM44 bagi setiap penumpang sehala. 

Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?

Untuk sejumlah 15,000 mahasiswa yang disasarkan SUK Kelantan, ia akan memakan belanja sebanyak RM660,000.00 sehala.

Sewa bas, bajet kerajaan negeri atau bajet parti?



Bajet mana yang diperolehi Kerajaan Kelantan? Adakah ia benar-benar peruntukan Kerajaan Negeri atau sebenarnya untuk parti sempena PRN?

Untuk perjalanan pergi balik, Kerajaan Kelantan perlu mengeluarkan belanja sebanyak RM1,320,000.00. Amat beruntung bagi mahasiswa luar Kelantan untuk menikmati inisiatif semewah ini.

Itu baru jumlah sewaan bas sahaja, belum termasuk insentif lain yang boleh diberikan kepada mahasiswa semasa berada dalam bas. Siapa tahu apa yang berlaku dalam bas sedangkan video yang secara jelas memeparkan wajah pemberi dan penerima ‘SEDEKAH’ ketika PRU15 di Terengganu pun boleh terlepas dari tindakan undang-undang.



Walaupun inisiatif Kerajaan Kelantan nampak memudahkan mahasiswa menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi, soal perbelanjaan perlu juga dipandang serius.

Apa sebabnya Kerajaan Kelantan mewajarkan pengeluaran bajet sehingga lebih sejuta ringgit hanya untuk PRN? Bukankah lebih elok bajet sebegitu besar mengutamakan kebajikan rakyat Kelantan yang memerlukan? 

 



Bukan tidak golongan susah di Kelantan untuk dibantu dengan bajet besar yang ditabur Kerajaan Kelantan. Utamakanlah pengundi dalam negeri dahulu, sediakan keperluan mencukupi untuk mereka pada hari mengundi.

Mengapa hanya bila berlangsung PRN baru Kerajaan Negeri mengeluarkan bajet tertentu bagi menyenangkan hanya golongan tertentu?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button