Ekonomi hijau, integrasi PKS antara topik dibincang pada CPTPP

Ekonomi hijau, integrasi PKS antara topik dibincang pada CPTPP

Ekonomi hijau, integrasi PKS antara topik dibincang pada CPTPP
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Kuala Lumpur: Ekonomi digital dan hijau serta integrasi lebih kukuh bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global adalah antara topik utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Suruhanjaya Ke-7 Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), mesyuarat itu akan diadakan dari 15-16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand, dan delegasi Malaysia akan diketuai oleh Menteri MITI Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Selain ekonomi digital dan ekonomi hijau, MITI mahu memastikan manfaat daripada CPTPP turut dinikmati rakyat dan perniagaan Malaysia, khususnya PKS yang mesti diintegrasikan dengan lebih baik ke dalam rantaian bekalan global,” katanya dalam satu kenyataan.



Mesyuarat itu juga dijangka menyaksikan penyertaan United Kingdom sebagai anggota ke-12, menyertai Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Pada mesyuarat di New Zealand, menteri CPTPP akan meneruskan penglibatan mereka untuk memastikan pelaksanaan efektif CPTPP yang ditandatangani pada 8 Mac 2018 di Santiago, Chile.

Sebagai pengerusi CPTPP untuk 2023, New Zealand dijangka memacu perbincangan mengenai bidang tumpuan keutamaan CPTPP, terutamanya memajukan ekonomi hijau dan meningkatkan kemudahan ekonomi digital, termasuk pentadbiran dan proses kastam.

Ekonomi hijau, integrasi PKS antara topik dibincang pada CPTPP


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Ibarat Ayam Jantan, Kokok Berderai Tapi Ekor Bergelumang Tahi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button