Team Haq wakili Malaysia ke Eropah
Team Haq wakili Malaysia ke Eropah
JUARA Liga Profesional Mobile Legends MY musim ke-10, Team Haq Esport Club bakal melebarkan sayap mereka ke benua Eropah selepas bakal membuat kemunculan secara rasmi pada kejohanan Phygital Games 2023 yang akan berlangsung di Kazan, Russia bermula 17 hingga 24 Julai ini.
Pasukan Team Haq terpilih mewakili Malaysia pada pertandingan berprestij itu setelah mendapat jemputan khas daripada penganjur yang membuat pemilihan berdasarkan prestasi Team Haq di peringkat nasional dan antarabangsa.
Selain Team Haq, sebanyak tujuh lagi pasukan e-Sukan dari negara lain akan bertarung termasuk Filipina, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Kemboja.
Pertandingan tersebut dianjurkan di bawah kejohanan Games of the Future di Kazan yang membariskan pelbagai sukan menggunakan pendekatan ‘phygital’ iaitu gabungan sukan fizikal dan digital.
Pengasas Team Haq Esports Club, Aimanhaq Zaharudin berkata, pihaknya melahirkan rasa syukur kerana pasukan kendaliannya itu terpilih menyertai pertandingan di peringkat dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hina Agong, Sanusi ‘kebal’ sebab belajar ‘ilmu kunci sendi’?
- Undi PN akan dapat orang yang penjarakan “Bossku”
Tegas Aiman, pasukannya akan menghantar skuad kedua yang digelar Team Haq All Star dan para pemain akan dinilai untuk menentukan sama ada mereka layak untuk menyertai skuad utama apabila jendela perpindahan pemain di Malaysia dibuka nanti
“Ini adalah kejohanan pertama kami sertai di benua Eropah. Sehubungan itu, sudah pasti ia akan memberikan pengalaman berbeza buat kami.
“Team Haq bertekad untuk memberikan persembahan terbaik dan akan berusaha sedaya upaya merebut gelaran juara di Russia,” katanya.
Menurut Aimanhaq, penyertaan di Russia itu juga merupakan persediaan untuk pasukan Team Haq menghadapi Regular Season MPL MY Musim ke-12.
Team Haq All Star akan dibarisi oleh pemain-pemain berwibawa iaitu Lolla, Minnn, Mannn, Nain dan Hitto.
Pusingan kelayakan kedua yang akan disertai Team Haq akan berlangsung pada 20 Julai 2023 dan menawarkan hadiah bernilai AS$50,000 (RM226,300).
Pasukan yang mendapat kedudukan teratas berpeluang menyertai pusingan akhir tahun hadapan dengan jumlah hadiah AS$3 juta (RM13.5 juta).
Team Haq wakili Malaysia ke Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Najib terus dizalimi” – Puad Zarkashi
- MBI Kedah terlibat curi nadir bumi
- Siapa ‘bayar’ Syed Imran untuk sokong PN?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan