Mungkinkah Bukan Datuk Liana Yang Kena Tahan?
@acik.mantera
Mungkinkah Bukan Datuk Liana Yang Kena Tahan?
Tahniah kita ucapkan kepada SPRM kerana akhirnya berjaya bertindak tegas terhadap perbuatan mencuri harta negara.
Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI Kedah) ditahan oleh SPRM di Alor Setar, Kedah.
Manakala seorang lagi yang ditahan, disyaki adalah Pengarah Urusan Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd, Datuk Liana Khalid.
Beliau telah ditahan di Shah Alam.
Ini berdasarkan laporan Berita Harian pada 10 Januari 2023, yang melaporkan majlis menandatangani MoU antara MBI, syarikat tersebut dengan Xiamen Tungsten.
Penulis tiada keraguan dengan penahanan CEO MBI Kedah.
Kerana susuk tubuh dan iras muka sama dengan gambar yang disiarkan oleh Berita Harian.
Tetapi agak keliru dengan wanita yang ditahan itu.
Wanita berusia 40’an yang disyaki adalah Datuk Liana dari syarikat Jangka Bakat Mineral Sdn Bhd kelihatan agak berbeza dengan gambar wanita yang ditahan SPRM.
Di dalam gambar yang diambil pada Januari 2023, susuk Datuk Liana kelihatan agak berisi dan muka beliau juga agak bulat.
Tetapi gambar wanita yang diberikan perintah reman itu kelihatan langsing dan bermuka bujur.
Tapi kita bersangka baiklah, mungkin Datuk Liana menjalani diet yang ketat hingga mampu menguruskan badan dalam masa yang singkat.
Lagi pun, takkan lah pemimpin Melayu Isley sanggup mengkambing hitamkan ‘seseorang’ untuk menutup cerita sebenar.
Maksud penulis, sekiranya betul, mungkin cerita Zeti akan mendedahkan segala-galanya di mahkamah sekiranya didakwa akan berulang.
Penulis tidak menuduh, tetapi sekadar bertanya.
Mungkinkah Bukan Datuk Liana Yang Kena Tahan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- Sanusi Di Tahan Polis Jam 3 Pagi Di Mont Kiara
- Ketika Sanusi Di Heret Ke Mahkamah, Kepimpinan PAS Bertelagah
- PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah