LAKSANA mohon maaf atas kesilapan maklumat inisiatif PRIHATIN Dan PENJANA
KUALA LUMPUR, 21 Julai — Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) mengambil tanggungjawab atas kesilapan maklumat mengenai inisiatif PRIHATIN dan PENJANA dalam perutusan khas oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 20 Julai.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Kewangan (MoF) berkata maklumat tersebut disediakan oleh pihak LAKSANA di bawah kementerian itu.
“Dengan rendah diri pihak kami ingin memohon maaf di atas kesilapan yang tidak disengajakan,” kata MoF.
Pihaknya akan memastikan segala maklumat yang dipanjangkan kepada Pejabat Perdana Menteri pada masa depan akan disemak dengan teliti supaya tidak berlaku kesilapan.
— BERNAMA