Dua babi hidup dirampas dari penjara Ecuador

Dua babi hidup dirampas dari penjara Ecuador

Dua babi hidup dirampas dari penjara Ecuador
DUA babi yang dikeluarkan dari penjara Bellavista, bandar Santo Domingo. FOTO Reuters

Quito: Pasukan keselamatan Ecuador merampas babi, ayam laga dan lebih 20 senjata berbilah, dari penjara Bellavista di bandar Santo Domingo, kata tentera negara itu, bulan lalu.

Polis dan koperasi pihak berkuasa penjara SNAI membawa keluar dua babi dari penjara berkenaan, lapor Reuters.

Imej itu dikongsikan oleh tentera Ecuador dalam mesej yang disiarkan di Twitter.



Menerusi satu ciapan, pihak berkuasa juga mengeluarkan 12 ayam laga, 26 senjata berbilah, 16 barangan elektrik, dan objek lain.

Bagaimanapun, ia tidak menyatakan bagaimana haiwan itu boleh berada di dalam penjara berkenaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?




Penjara Ecuador dibelenggu oleh keadaan buruk dan keganasan, yang menyebabkan kematian ratusan banduan.

Minggu lalu, AFP melaporkan kira-kira 90 pegawai penjara dijadikan tebusan dalam mogok lapar dilancarkan banduan di 13 penjara di Ecuador.

Pihak berkuasa SNAI berkata, mogok itu susulan rusuhan di penjara Guayas 1 di bandar pelabuhan Guayaquil, yang meragut enam nyawa.

Keganasan di penjara turut menyebabkan 11 lagi cedera dalam pertempuran antara kumpulan.



Pembunuhan beramai-ramai yang menampilkan tahap keganasan ekstrem seperti penggal kepala perkara biasa dalam rangkaian penjara Ecuador yang sesak.

Pihak berkuasa berkata, belasan insiden rusuhan kumpulan dadah meragut 420 nyawa di penjara dilaporkan di negara itu, sejak 2021. Ada mangsa dibakar hidup-hidup.

Rusuhan itu berlaku di penjara menempatkan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan pengedar dadah terhadap satu sama lain di negara yang muncul sebagai pengeluar utama dalam perdagangan kokain di Amerika Selatan.

Dua babi hidup dirampas dari penjara Ecuador


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button