Kenderaan Singapura disenarai hitam, enggan beri kerjasama

Kenderaan Singapura disenarai hitam, enggan beri kerjasama

Kenderaan Singapura disenarai hitam, enggan beri kerjasama
Tangkap layar yang tular memaparkan anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta bernombor pendaftaran Singapura yang enggan memberikan kerjasama selepas melakukan kesalahan trafik. – Foto ihsan pembaca

JOHOR BAHRU: Polis menyenarai hitam sebuah kereta bernombor pendaftaran Singapura selepas enggan memberhentikan kenderaan ketika diminta berbuat demikian oleh anggota polis trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, berkata video yang tular di media sosial itu disahkan video lama yang dilaporkan berlaku pada 23 September tahun lalu.

Beliau berkata, video itu memaparkan seorang anggota polis trafik cuba memberhentikan kereta jenis Honda Civic bernombor pendaftaran SME 8063 K yang enggan berhenti selepas dikesan melakukan kesalahan trafik dengan memotong barisan.



“Kereta itu memotong barisan di laluan lori untuk masuk ke Singapura dari Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

“Sehingga kini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan masih mengesan pemilik kenderaan itu dan ia (kenderaan) sudah disenarai hitam untuk tindakan selanjutnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, apa nasib Faizal Azumu?




“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dalam membuat komen di media sosial yang boleh menimbulkan spekulasi dan andaian negatif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, pemandunya enggan dan meneruskan perjalanan secara perlahan keranan keadaan trafik yang sesak.

Kenderaan Singapura disenarai hitam, enggan beri kerjasama


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button