Jong Un periksa ujian peluru berpandu
Jong Un periksa ujian peluru berpandu
Seoul: Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un menyelia pelancaran peluru berpandu jelajah strategik ketika mengadakan lawatan ke unit tentera laut Angkatan Tentera Rakyat Korea (KPA), Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) pada Isnin.
Ujian itu bertujuan untuk menjadikan ” anggota tentera laut terlatih dalam melaksanakan misi serangan dalam perang sebenar, mencapai sasaran tanpa sebarang kesilapan,” lapor KCNA.
Pemerhati berpendapat ujian itu sebagai tindak balas kepada latihan ketenteraan bersama selama 11 hari oleh Korea Selatan dan Amerika Syarikat, yang dijadual bermula pada Isnin.
Tujuan latihan ini adalah untuk mengukuhkan keupayaan pertahanan dan tindak balas perikatan. Korea Utara kerap menuduh kedua-dua negara itu menjalankan latihan mereka bagi bersedia menghadapi serangan – sesuatu yang dinafikan Seoul dan Washington.
Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melarang Korea Utara daripada menguji peluru berpandu balistik dari dari sebarang jarak, di antaranya mampu membawa hulu peledak nuklear.
Jong Un periksa ujian peluru berpandu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN