Penjara 64 tahun akibat seks ganas terhadap isteri, termasuk guna zakar palsu

SEORANG nelayan dijatuhi hukuman penjara 64 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh, hari ini atas tujuh pertuduhan melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada April lalu.

Hakim Norashima Khalid menjatuhkan hukuman itu ke atas Himni Nur Hamid, 36, selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan.

Bapa empat anak itu didakwa mengurung, melakukan seks luar tabii dan persetubuhan hingga menyebabkan kecederaan terhadap isterinya berusia 36 tahun dan memiliki video cakera padat (VCD) lucah di sebuah rumah di Lumut, pada 16 dan 17 April lalu.

Tertuduh dihukum penjara 15 tahun dan dua sebatan bagi setiap empat pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii termasuk menggunakan zakar palsu terhadap isterinya dan dipenjara dua tahun bagi satu pertuduhan kerana menyebabkan kecederaan ke atas mangsa.



Dia turut dipenjara setahun bagi dua pertuduhan kerana mengurung isterinya selain memiliki 13 keping VCD lucah.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini dan ini bermakna tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan lapan sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zamani Mohd Radzi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat kerana difahamkan keganasan rumah tangga terhadap isterinya itu bukanlah kali pertama, namun berlaku sejak empat tahun lalu selepas mereka berkahwin pada 2004.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana dia telah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama.



Mengikut fakta kes, sekitar 11 pagi pada 16 April lalu, tertuduh menjemput isterinya yang ketika itu berada di rumah ibu mangsa di kampung sama dan meninggalkan anak mereka di rumah berkenaan.

Tertuduh melakukan keganasan seksual ke atas isterinya pada 16 dan 17 April.

Bagaimanapun pada 18 April, mangsa melalui pesanan ringkas WhatsApp meminta bantuan jirannya menghubungi polis selepas tertuduh terlupa membawa telefon bimbitnya yang ditinggalkan di kediaman mereka.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button