EPL: 10 pemain West Ham lebih kental
EPL: 10 pemain West Ham lebih kental
LONDON – Beraksi dengan 10 pemain untuk tempoh lebih 30 minit langsung tidak menjadi penghalang buat West Ham United mencatat kemenangan 3-1 ke atas Chelsea pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London malam kelmarin.
Kemenangan itu sekali gus memberi kelegaan kepada The Hammers apabila memulakan saingan musim ini dengan agak hambar selepas hanya mencatat keputusan seri 1-1 ketika berdepan Bournemouth minggu lalu.
Pengurus West Ham, David Moyes menyuarakan rasa bangga dengan aksi ditampilkan West Ham yang menjaringkan gol menerusi Nayef Aguerd, Michail Antonio dan Lucas Paqueta bagi mengutip tiga mata di laman sendiri.
“Kemenangan ini sangat memuaskan. Semua pemain menampilkan aksi yang cukup baik hari ini (kelmarin) kerana mereka mahu menebus semula aksi mengecewakan ketika berdepan Bournemouth minggu lalu.
“Kami bertahan cukup baik sebagai satu pasukan walaupun terpaksa bermain dengan 10 pemain. Walaupun kurang seorang pemain tetapi kami masih mampu untuk tambah satu lagi jaringan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau tetap mempertahankan aksi yang ditampilkan Chelsea selain percaya juara Eropah dua kali itu akan melakukan kebangkitan dan mencabar pasukan-pasukan teratas musim ini.
“Chelsea adalah pasukan yang sangat baik dan mampu untuk capai sasaran. Saya mungkin terkejut sekiranya mereka gagal untuk bangkit memberikan cabaran kepada pasukan-pasukan kelompok atas,” ujar Moyes.
The Hammers terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Aguerd dilayangkan kad merah pada minit ke-67 ketika mereka mendahului 2-1 dan Paqueta melengkapkan gol ketika selepas menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan. – AGENSI
EPL: 10 pemain West Ham lebih kental
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :