Netizen Tampil Petahankan Jennie BLACKPINK
Didakwa Telah Hilang Dari Dunia Pengiklanan?
Netizen Tampil Petahankan Jennie BLACKPINK
Melalui laman Pann Nate, mereka memberikan maklumat tentang Jennie BLACKPINK dalam dunia pengiklanan.
Telah Hilang Dari Dunia Pengiklanan?
Dalam laman web tersebut, mereka mengatakan bahawa Jennie BLACKPINK seolah-olah telah hilang dari dunia pengiklanan.
Dahulu Jennie BLACKPINK seringkali dibanjiri dengan pelbagai iklan yang dibintanginya sehingga hampir semua iklan dikuasai.
Ratu Pengiklanan
Namun, menurut netizen, sejak kebelakangan ini Jennie BLACKPINK sudah tidak kelihatan dalam beberapa iklan seperti sebelum ini.
Menurut Intepseleb, pada 9 Mac 2023, sebuah artikel media menyatakan bahawa Jennie yang merupakan ratu pengiklanan telah ‘hilang’ dari dunia iklan.
Dikatakan beberapa jenama pengiklanan yang menggunakan model Jennie turut mengatakan mereka mengalami kemerosotan.
Menukar Model Baharu
Jadi mereka terpaksa menukar model pengiklanan dengan idola lain untuk meningkatkan lagi impak.
Pendapat dari Pann Nate segera dipertahankan oleh netizen. Menurut netizen, ia tidak malap, tetapi Jennie sedang menjalankan beberapa kempen jenama terkenal.
Kehilangan Jennie dalam dunia pengiklanan disebabkan dia menjalani kempen untuk jenama terkenal dunia, seperti CHANEL dan Calvin Klein.
Apapun, dalam kalangan idola wanita yang aktif, Jennie paling top dari segi jumlah iklan dan tahap iklan.
Malah mereka juga menyatakan Jennie merupakan idol yang memiliki kempen dan iklan yang terpaling banyak jika dibandingkan dengan ahli kumpulannya yang lain.
Netizen Tampil Petahankan Jennie BLACKPINK
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :