Jarang ‘upload’ gambar suami di IG, Dottie rupanya sudah 3 tahun cerai
Jarang ‘upload’ gambar suami di IG, Dottie rupanya sudah 3 tahun cerai
PELAKON Dottie memdedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami iaitu Mohd Haffis Abu Hassan sejak tiga lalu.
Enggan mendedahkan secara terperinci penceraian itu, kata Dottie atau Nor Syuhaida Abd Razak, 35, dia juga tidak mahu lagi mengingati kisah perkahwinan lalu.
“Iya saya dah cerai tiga tahun lalu. Saya pun tak ingat secara terperinci. Benda tak best, tak perlu ingat,” ujarnya ringkas kepada mStar.
Spekulasi hubungan rumah tangga Dottie sudah berakhir mula diperkatakan apabila dia tidak lagi memuat naik gambar bersama suami di media sosial.
Dalam pada itu, Dottie berkata, meskipun sudah tiga tahun bercerai, dia belum bersedia untuk mencari pengganti dalam masa terdekat.
“Tiada orang bertanya. Jadi saya pun tak bercerita.
“Buat masa sekarang saya nak bergembira dulu. Belum sedia nak cari pengganti,” jelasnya.
Bercakap tentang kerjaya lakonan pula, Dottie memberitahu kerjaya agak sedikit perlahan dan kini beralih ke dunia media sosial seperti TikTok.
“Kerjaya lakonan agak slow sikit. Tiada banyak tawaran. Sebab itu saya beralih kepada TikTok.
“Sekarang ramai persaingan baru. Jadi saya belajar cari peluang baru,” jelasnya.
Dottie bergelar isteri kepada Mohd Haffis Abu Hassan pada 25 Disember 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
Jarang ‘upload’ gambar suami di IG, Dottie rupanya sudah 3 tahun cerai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :