Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’

 Anugerah TikTok Malaysia 2023

Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’

Khairul Aming pemenang trofi Creator of the Year Anugerah TikTok Malaysia 2023.
Khairul Aming pemenang trofi Creator of the Year Anugerah TikTok Malaysia 2023.

BAGAI menepati ramalan, personaliti media sosial Khairul Amin muncul sebagai penerima trofi Creator of the Year pada Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang berlangsung pada malam Ahad.

Kemenangan tersebut sudah dijangka sebelum ini selepas Khairul atau Khairul Amin Kamarulzaman, 31, mendapat undian mencecah sejuta sepanjang tempoh mengundi yang ditutup pada 26 Ogos lalu.

Tidak hanya dikenali sebagai personaliti yang popular menerusi kandungan masakan, Khairul juga merupakan seorang usahawan produk makanan yang berjaya.



 

 

“Terima kasih kepada mak, arwah ayah dan pasukan Sambal Nyet. Kalau ayah dapat tengok saya terima anugerah ini mesti dia bangga sebab sudah lapan tahun saya bekerja keras.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’




“Pencipta kandungan ini bukan sekadar tular sahaja tapi perlu ada adab dan kebolehan menyelesaikan masalah,” katanya.

Sementara itu, pelakon Aeril Zafrel pula muncul sebagai penerima anugerah kategori Celebrity of the Year manakala Ryan Bakery membawa pulang trofi Popular Creator of the Year.

Rising Star of the Year pula milik Ikhmal Nour dan TikTok Shop Creator of the Year pula dimenangi oleh Anas Zahrin.



Dua lagi kategori dipertandingkan menerusi People Choice adalah Popular Animation Account of the Year (Upin Ipin) dan Live Creator of the Year (Tiger Labu).

Sebanyak 13 kategori dipertandingkan pada edisi sulung Anugerah TikTok Malaysia 2023 yang mana enam daripanya adalah Judge’s Pick.

 

Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’
Ryan Bakery pemenang Popular Creator of the Year.

Anugerah TikTok Malaysia 2023 berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) Kuala Lumpur pada malam Ahad.



Acara itu diadakan bagi mengangkat personaliti media sosial di aplikasi TikTok yang tampil dengan kandungan tersendiri.

Anugerah ini dikendalikan oleh gabungan hos Izzue Islam, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad.

Antara artis yang membuat persembahan adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Shiha Zikir, Kaka Azraff, Alyph, Marsha Milan dan Ernie Zakri.

Berikut adalah senarai pemenang Judge’s Pick;



1. Best of Beauty & Fashion – Shahira

2. Best of Education – Sir Asai

3. Best of Entertainment – Eiqa Maleq

4. Best of Foodie – Syifa Jamil



5. Best of Gaming – Sultan Riq

6. Best of Sports – Khalish

Khairul Aming tepati ramalan, bawa pulang trofi ‘Creator of the Year’


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading