Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO

Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO

Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO

Dalam PRN 6 negeri, UMNO mengalami kekalahan paling teruk dalam sejarah parti tersebut.

Dari 108 kerusi DUN yang ditandingi, UMNO hanya mampu memenangi 19 kerusi DUN, di mana 14 daripadanya di Negeri Sembilan.

Manakala di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, di mana majoritinya adalah pengundi Melayu, UMNO hanya mampu memenangi 1 kerusi DUN di Kelantan.



Fakta yang terbentang di hadapan mata jelas memberitahu kita UMNO kini semakin ditolak oleh orang Melayu.

Mungkin ianya sangat pahit untuk diterima, tetapi itulah realitinya.

Benarkah DAP Menjadi Punca Penolakan Orang Melayu Kepada UMNO

Persoalannya, mengapakah UMNO semakin ditolak oleh orang Melayu?

Kelompok yang mengakui diri mereka sebagai musuh UMNO tetapi realitinya masih sangat berahi terhadap UMNO mendakwa kerjasama UMNO dan DAP adalah puncanya.



Agak pelik, apabila musuh UMNO dilihat membuat post-mortem untuk UMNO.

Tetapi sebagaimana yang penulis katakan, di mulut mereka mengakui bahawa mereka adalah musuh UMNO, tetapi di hati, mereka sebenarnya masih sangat berahi kepada UMNO.

Tetapi, benarkah post-mortem dan dakwaan mereka itu?

Kita lihat kepada fakta yang ada.



UMNO mula kehilangan kuasa sejak tahun 2018 apabila tewas dalam PRU 14.

Tetapi UMNO bangkit semula dalam 7 PRK dan 2 PRN selepas tewas dalam PRU 14.

Kemudian sekali lagi UMNO dilanda kekalahan, malah kekalahan yang lebih teruk dalam PRU 15.

Dan terkini, keadaan menjadi lebih parah dalam PRN 6 negeri.



Adakah dalam PRU 14, 7 PRK dan PRU 15, UMNO sudah menjalinkan kerjasama politik dengan DAP?

Sekiranya benar dakwaan bahawa DAP adalah punca penolakan orang Melayu terhadap UMNO, mengapa UMNO kalah dalam PRU 14 dan PRU 15?

Paling penting, selepas PRU 15, UMNO bukan berkerjasama dengan DAP sahaja, tetapi UMNO berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Di dalam gabungan parti Pakatan Harapan terdapat parti PAN dan juga PKR.



Bersikap Jujur Dalam Mencari Punca Kekalahan

Kepimpinan UMNO, terutamanya kepimpinan sayap UMNO mesti membuat post-mortem terhadap kekalahan UMNO dalam PRU 14, PRU 15 dan PRN 6 negeri dengan jujur.

Cari punca sebenar mengapa orang Melayu semakin menolak UMNO.

Mengapa mesti didengar kata-kata dari musuh yang mahu melihat UMNO berkubur.

Nama pun sudah musuh UMNO, tidak mungkin mereka akan berikan ubat yang mujarab untuk merawat sakit yang sedang UMNO deritai.



Paling penting, kepimpinan UMNO mesti mengakui bahawa UMNO sedang menderita dengan penyakit yang dilihat semakin hari, semakin parah.

Barulah penawar kepada penyakit dapat dicari kerana setiap penyakit pasti mempunyai punca.

Demi bangsa Melayu, kembalikan kegemilangan UMNO dengan segera sebelum terlambat.

Benarkah DAP Adalah Punca Orang Melayu Menolak UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button