Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO

Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO

Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO

25 Ogos yang lepas, Wanita UMNO yang diterajui oleh Dr Noraini Ahmad, mengadakan perhimpunan solidariti mempertahankan institusi presiden UMNO.

Bukan batang tubuh yang bernama Zahid Hamidi yang dipertahankan, tetapi institusi presiden.

Sebagai sayap terpenting di dalam UMNO, adalah amat wajar bagi Wanita UMNO menzahirkan pendirian mereka atas desakan supaya presiden UMNO berundur.



Itulah cara berorganisasi yang betul dan mengikut acuan UMNO.

Tidak salah berbeza pendapat dengan kepimpinan utama, tetapi ianya haruslah disuarakan, dibincang dan dibahas dengan semangat kekeluargaan.

Ibarat seorang anak yang merasakan ayahnya selaku ketua keluarga telah membuat tindakan yang tidak betul, bincang dan nyatakan dalam rumah sendiri.

Mungkin ada salah faham atau anak tidak mengerti mengapa sesuatu tindakan atau keputusan tersebut dibuat.



Berikan ruang untuk ketua keluarga memberikan penjelasan.

Menceritakan perbalahan dalaman yang berlaku di dalam rumah kepada dunia luar, adalah tindakan yang sangat tidak rasional dan tidak bijak.

Sepatutnya, sebagai sayap UMNO, walau pun berlaku perbezaan pendapat dengan kepimpinan utama, namun apabila institusi presiden disentuh oleh orang luar, sayap akan bangkit mempertahankannya.

Institusi presiden adalah maruah UMNO dan ianya wajib dipertahankan oleh semua ahli UMNO.



Itulah yang dilakukan oleh Wanita UMNO.

Bangkit mempertahankan institusi presiden apabila ada cubaan dari luar untuk meruntuhkannya.

Tetapi bagaimana pula dengan Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO.

Sehingga ke saat ini, tidak ada satu kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pergerakan Pemuda atau Ketua Puteri UMNO mempertahankan institusi presiden.



Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Dr Akmal dilihat semakin bisu di dalam menangkis serangan musuh terhadap rumah agam UMNO.

Manakala Puteri UMNO di bawah kepimpinan Nurul Amar pula dilihat semakin hari semakin layu.

Tetapi ironinya, mereka dilihat lantang dan bersemangat apabila menyerang rumah sendiri.

Di mana hilangnya jati diri?



Hanya Wanita UMNO Bersolidariti Pertahankan Institusi Presiden, Di Mana Pemuda & Puteri UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button