PRK Pelangai, PAS Pahang hanya ‘Juara Jual Minyak’

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PRK Pelangai, PAS Pahang hanya 'Juara Jual Minyak'
Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Pahang bakal berdepan PRK Pelangai (Pilihanraya Kecil) berikutan kematian ADUN Pelangai, Dato Sri Johari Harun pada 27 Ogos 2023.

Allahyarham Dato Sri Johari Harun terlibat dalam nahas di Elmina, Shah Alam semasa dalam penerbangan pulang ke dari Langkawi.



Pemergian Johari Harun menyebabkan kehilangan besar kepada pengundi DUN Pelangai berikutan keprihatinan serta sikap mesra beliau terhadap masyarakat Pelangai hanya berusia 8 bulan selepas mengambil alih kerusi tersebut daripada Tan Sri Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Terlalu banyak kebaikan Allahyarham diceritakan oleh masyarakat Pelangai menerusi pelbagai medium berita.

Dalam kesedihan kisah pemergian Allahyarham, PAS Pahang menerusi Pesuruhjaya PAS Pahang, Rosli Abdul Jabar telah menaikmuat satu hantaran menerusi facebook beliau berkenaan pemburuan kerusi ke-18 PAS Pahang di DUN Pahang.

PAS PAHANG DAKWA BN BAKAL HILANG KERUSI PELANGAI BERIKUTAN ‘LEDAKAN SOKONGAN’ KEPADA PERIKATAN NASIONAL

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya 'Juara Jual Minyak'



Rosli Jabar memberi gambaran Barisan Nasional Pahang akan kehilangan kerusi Pelangai berikutan ledakan peralihan sokongan rakyat dari Umno ke Perikatan Nasional.

Menerusi penulisan Rosli Jabar, beliau memberikan angka kedudukan kerusi 17 Perikatan Nasional, 17 Barisan Nasional dan 8 Pakatan Harapan di Pahang.

Rosli Jabar juga menggambarkan metafora Umno tidak akan sempat untuk memulihkan keyakinan rakyat khususnya pengundi Pelangai selepas PN berjaya mengekalkan penguasaaan 3 negeri dalam PRN 6 Negeri yang baru-baru ini.

 



Pesuruhjaya PAS itu turut menggambarkan BN dalam keadaan terkial-kial untuk mempertahankan kerjasama BN-PH kerana keyakinan rakyat kini memihak kepada Perikatan Nasional.

Berikutan kenyataan tersebut, Rosli Jabar di kecam netizen kerana nampak tidak sabar untuk menewaskan BN dalam PRK Pelangai.

Malah, Pemuda Umno Pahang menerusi Ketua Pemuda Negeri, saudara Kamil Ibrahim turut mengecam tindakan Rosli Jabar. 



Beliau kemudiannya memberi alasan Umno terlebih dahulu yang tidak sensitif kerana Presiden Umno telah berbincang lebih awal dengan MB Pahang mengenai kriteria calon BN yang akan ditampilkan pada PRK Pelangai.

PAS PAHANG BOLEH ‘JUAL MINYAK’, PENGUNDI PELANGAI TIDAK MUDAH DI’PERBODOH’KAN 

PRK Pelangai, PAS Pahang hanya 'Juara Jual Minyak'
Gambar Fail

Jika meneliti rekod kerja Umno/BN Pahang sepanjang 8 bulan selepas PRU15, Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail masih mengekalkan rekod tatakelola terbaik untuk seluruh negeri.

Malah, kerjasama dengan Pakatan harapan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan juga berjalan dengan lancar dan baik. Ini berikutan sikap Wan Rosdy yang mengutamakan kepentingan rakyat serta kebajikan semua kaum dalam Pahang.



Pada pandangan beliau selaku Naib Presiden Umno, masa berpolitik perlu dijelmakan dengan kerja keras membantu rakyat dengan memenuhi janji yang telah dinyatakan pada PRU15.

Berbeza dengan PAS Pahang yang hanya akan berjanji namun bila pelaksanaan janji tersebut tidak diketahui bila akan dilaksanakan.

Apatah lagi kebajikan rakyat di kawasan yang mereka wakili. Mungkin PAS Pahang ada pendekatan Ala-PAS Kelantan atau Ala PAS Terengganu dalam hal kebajikan rakyat.

Bak kata pepatah, PAS Pahang hanya boleh ‘Jual Minyak’ tetapi bukan kerja kerana sudah pasti mereka akan menuding kepada Kerajaan Negeri apabila rakyat meminta bantuan dari wakil rakyat PAS.



Itu KEPAKARAN PAS yang sukar ditandingi mana-mana parti apatah lagi Umno dan BN.

Semua pihak lain selain Perikatan akan dipersalahkan oleh PAS kerana konsep ‘Wal Halalku, Wal Haram mu’ masih menjadi amalan PAS sehingga hari ini. Apa sahaja cara mereka (PAS) akan dikategorikan sebagai ‘Halal’ bagi memenuhi kepentingan PAS.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button