Azri dipanggil perkuat skuad Harimau Malaya
Azri dipanggil perkuat skuad Harimau Malaya
PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat keputusan untuk memanggil khidmat penjaga gol muda, Azri Ab Ghani bagi menggantikan posisi Damien Lim pada kem latihan pusat antarabangsa kali ini.
Azri yang juga penjaga gol Kuala Lumpur City (KL City) sebelum ini berada dalam senarai bersedia telah dipanggil melapor diri hari ini sebagai persiapan menghadapi dua aksi antarabagsa bertemu Syria dan China di Chengdu, China minggu depan.
Menurut Pan-gon, penjaga gol Sabah FC, Damien tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan.
“Seorang lagi pemain iaitu pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nathaniel Shio Hong Wan juga tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas turut disahkan mengalami kecederaan.
“Namun, buat masa ini tiada sebarang penggantian pemain bagi mengisi tempat Hong Wan untuk menjadikan skuad panggilan kali ini disertai seramai 25 orang pemain.
“Semoga Damien dan Hong Wan cepat kembali sembuh dan seterusnya dipanggil lagi pada kem latihan pusat Harimau Malaya yang akan datang,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.
Azri dipanggil perkuat skuad Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :