Cantik & Manis Betul Wajah Pengiran Anak Sarah
Sekilas Pandang Macam Lisa Surihani Pun Ada!
Sekilas Pandang Macam Lisa Surihani Pun Ada!
“Sejuk je mata memandang wajah Pengiran Anak Sarah, lembut je wajahnya.”
Seperti yang kita tahu, setiap ahli kerabat diraja memiliki rupa paras yang menawan dan personaliti yang menarik. Tak terlepas juga Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dari Brunei Darussalam.
Selain menjadi perbualan kerana memiliki rupa paras yang manis dan lembut itu, Pengiran Anak Sarah turut disukai dan menjadi inspirasi ramai wanita di seluruh negara kerana penampilan serta tingkah lakunya yang sopan itu.
Dalam entri kali ini, Miss Murai akan kongsikan dengan kamu beberapa info menarik tentang Pengiran Anak Sarah.
Untuk pengetahuan kamu, Pengiran Anak Sarah diputerikan sebagai Dayangku Sarah binti Pengiran Salleh Abdul Rahaman pada 9 April 1987 di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan, Brunei. Pengiran Anak Sarah merupakan satu-satunya puteri bagi pasangan Yang Mulia Pengiran Salleh Abdul Rahaman dan Yang Bahagia Rinawati binti Abdullah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Majlis Peguam membisu hal memo AGC bocor.
- Dr Noor Hisham Mesti Di Siasat Atas Kemusnahan Di Era Pandemik Covid-19
- Isu Dana Judi: SPRM Akan Panggil Ahli Politik Bergelar Datuk Seri & Datuk
Pengiran Anak Sarah telah berkahwin dengan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ketika berusia 17 tahun. Hubungan percintaan antara pasangan diraja ini bermula ketika Putera Mahkota Brunei itu mengadakan lawatan ke sekolah Pengiran Anak Sarah.
Majlis perkahwinan yang mendapat julukan ‘Asian Wedding of the Year” itu turut dihadiri oleh orang kenamaan dan keluarga diraja asing di Istana Nurul Iman. Pasangan ini telah mengenakan persalinan biru yang sangat unik dan mewah. Pasangan diraja ini telah dibawa mengelilingi seluruh Bandar Seri Begawan sambil disambut oleh masyarakat di sepanjang jalan menggunakan kereta open-topped Rolls-Royce.
Hasil perkahwinan pasangan ini, Pengiran Anak Sarah dan suaminya dikurniakan dua putera dan dua puteri iaitu DYTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim, DYTM Pengiran Muda muhammad Aiman, DYTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan DYTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.
Kecantikan Pengiran Anak Sarah langsung tak dimamah usia. Masih cantik dan maintain awet muda sejak dari dulu lagi.
Psst… Kalau kamu perasan ada beberapa gambarnya, yang sekilas pandang nampak sama seperti Lisa Surihani.
Cantik & Manis Betul Wajah Pengiran Anak Sarah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :