Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau

Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau

Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau

Penulis minta maaf sekiranya tajuk di atas kedengaran agak kasar dan biadab.

Tetapi itulah manifestasi penulis atas kerosakan yang telah Dr Mahathir lakukan terhadap negara selama 22 tahun memerintah pada kali pertama.

Pada 20 Disember 1974, Perdana Menteri ke 2, Allahyarham Tun Abdul Razak telah melancarkan Dasar Buku Hijau negara.



Antara matlamat utama Allahyarham Tun Razak melancarkan dasar Buku Hijau adalah untuk memastikan keterjaminan makanan untuk rakyat.

Malah seperti yang dipetik dalam ucapan beliau, kalau boleh negara mesti mempunyai jumlah simpanan makanan yang mencukupi kalau pun tidak berlebihan.

Allahyarham Tun Razak amat menyedari, setiap kali berlaku krisis ekonomi dunia, tidak dapat dielakkan bekalan makanan dunia akan terancam.

Oleh itu, negara mesti mengurangkan pergantungan bekalan makanan kepada negara luar.



Sudah menjadi kelaziman bagi mana-mana negara, penekanan terhadap pembangunan industri pertanian akan diberi keutamaan sebelum beralih ke industri lain.

Amerika Syarikat, Jepun, Rusia, Australia dan pelbagai negara maju yang lain, mempunyai pergantungan yang minima terhadap bekalan makanan dari luar.

Ini adalah kerana kerajaan mereka terlebih dahulu membangunkan industri pertanian sebelum beralih kepada industri yang lain.

Tetapi berbeza dengan Dr Mahathir.



Ketika menjadi perdana menteri kali pertama selama 22 tahun, kerakusan beliau telah menyebabkan dasar Buku Hijau yang baharu hendak melihatkan hasil terbantut.

Secara tergopoh gapah mengalihkan pembangunan industri pertanian dalam Dasar Buku Hijau kepada industri berteknologi tinggi.

Kononnya, untuk negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain, industri berteknologi tinggi mesti diberi keutamaan.

Akibatnya,tanah-tanah pertanian telah dibeli oleh syarikat konglomerat untuk dibina kilang-kilang perindustrian.



Tanah-tanah sawah dibiarkan kering kontang kerana tiada sokongan yang sepatutnya dari kerajaan kepada petani di luar bandar.

Industri pertanian telah dilihat dan dilayan sebagai oleh industri kelas kedua oleh kerajaan.

Dasar Penswastaan Yang Merosakkan Negara

Lembaga Padi & Beras Negara yang ditubuhkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak telah Dr Mahathir korperatkan.

Kemudian ianya diswastakan pula kepada syarikat Budaya Generasi yang dimiliki oleh beberapa kroni beliau.



Kemudian pada tahun 1996, ianya sekali lagi diswastakan kepada Syed Mokhtar dengan penjenamaan semula sebagai Padiberas Nasional Berhad (BERNAS).

Apakah ada perbezaan antara LPN dan BERNAS?

Sudah pasti ada.

LPN sebagai agensi kerajaan akan memulangkan balik keuntunganb urusniaga beras kepada petani dengan R&D untuk memajukan industri pertanian.



Pelbagai bantuan dan subsidi juga akan diberikan kepada petani dalam bentuk baja dan kos tanaman semula.

Manakala BERNAS adalah syarikat swasta yang berorientasikan keuntungan.

Sudah pasti akan mengaut semua keuntungan dari hasil urusniaga padi dan beras.

Negara Dan Rakyat Kini Di Ancam Krisis Bekalan Beras

Negara pengekspot beras utama dunia seperti India, Vietnam dan Thailand sudah mengumumkan akan menghentikan ekspot beras mereka.

Sementara itu, 90% bekalan makanan Malaysia bergantung kepada bekalan dari luar negara.

Dan pengeluaran beras negara jauh dari mencukupi untuk menampung keperluan domestik.

Apa akan jadi kepada rakyat Malaysia apabila negara pengekspot menghentikan sepenuhnya ekspot beras mereka.

Beras akan susah diperolehi dan apabila permintaan melebihi dari bekalan di pasaran, maka harga akan melambung naik.

BERNAS sudah pun mengumumkan kemungkinan kenaikan harga beras putih.

Mungkin bagi yang kaya seperti Dr Mahathir, tidak akan hadapi masalah untuk membelinya.

Tapi, apa pilihan yang rakyat marhaen ada.

Kenaikan harga beras dijangkan akan melepasi paras 40% dari harga asal, pasti akan membebankan rakyat.

Apakah kita akan kembali makan ubi kayu seperti zaman Jepun.

Jadi, fahamkanlah sekarang kenapa penulis katakan Mahathir perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau!!!

Tun Razak Perkenalkan Dasar Buku Hijau, Mahathir Pula Perkenalkan Dasar Mak Kau Hijau

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button