Politik Murahan Pemuda PN Untuk Mendapatkan Perhatian
Politik Murahan Pemuda PN Untuk Mendapatkan Perhatian
Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Fadhli Shaari, mewar-warkan, kononnya pada 16 September 2023, akan ada satu perhimpunan Gerakan Selamatkan Malaysia.
Kononnya, perhimpunan yang akan dihadiri oleh 10,000 orang itu merupakan referendum rakyat kepada kerajaan mengenai campurtangan eksekutif dalam bidang perundangan.
Isu yang dikatakan akan menjadi topik utama adalah mengenai keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan DS Zahid dari 47 pertuduhan.
Penulis tidak tahu, kalau benar perhimpunan itu berlaku, di sudut mana bumi Malaysia ini yang sudah tidak selamat.
Penjelasan apa lagi yang mereka mahukan, kerana penghakiman mahkamah sudah dikeluarkan, alasan Jabatan Peguam Negara juga sudah jelas.
Malah mantan Peguam Negara sendiri sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu tersebut.
Ekoran dari pengumuman Fadhli Shaari, pihak PDRM melalui Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan sudah mengeluarkan kenyataan.
Pihak polis tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mereka adakan perhimpunan asalkan kesemua syarat perundangan dipatuhi.
Mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, pihak penganjur perhimpunan mesti mengemukakan permohonan kepada PDRM 5 hari sebelum hari kejadian.
Pihak penganjur juga mesti mendapatkan kebenaran dari pemilik premis sebelum perhimpunan aman tersebut diadakan.
Dan yang terakhir, tiada sebarang bantahan dalam masa 48 jam dari tarikh kejadian dari pemilik premis terhadap perhimpunan aman yang hendak diadakan.
Apa yang disebutkan oleh Ayob Khan adalah kehendak undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Penganjur perhimpunan aman yang hendak diadakan adalah ahli parlimen atau pihak legislatif atau ahli kepada badan pembuat atau penggubal perlembagaan negara.
Sangat mustahil, mereka tidak tahu mengenai undang-undang dan perlembagaan yang mereka sendiri buat.
Persoalannya, sudahkah mereka memenuhi segala kehendak undang-undang mengenai perhimpunan aman sebelum ianya diumumkan?
Atau ianya sekadar permainan politik murahan untuk mendapatkan perhatian?
Politik Murahan Pemuda PN Untuk Mendapatkan Perhatian
Di Syorkan Untuk Anda:
- Shahidan Kassim Kantoi Menipu Dalam Parlimen
- Isham Jalil Cuba Membantu Kemenangan PN Di PRK Pelangai?
- Hamzah Zainuddin Dedahkan Pekong Sendiri Dalam Parlimen