Demo “Selamatkan Malaysia” tidak laku, rakyat sudah bijak
Oleh Adam Malik
Perikatan Nasional perlukan Kes Zahid untuk selamatkan diri mereka dari pelbagai penyelewengan dan kes mahkamah yang mendatang.
Jelas sekali perhimpunan “dakwa Zahid” dan juga demo “Selamatkan Malaysia” yang diadakan pada 16/9/2023 lalu didepan SOGO tidak mendapat sambutan dari kalangan rakyat.
Sskitar 1,000 orang atau kurang dari itu Sahaja yang hadir.
Himpunan itu dipandang sepi atas beberapa sebab , antaranya ia bukan masalah rakyat tetapi sebaliknya masalah parti politik yang bermusuhan dengan Kerajaan.
Boleh dikatakan isu yang dibawa untk menjadi alasan turun kejalanraya adalah ‘fake issue” yang sengaja dibuat untuk menarik Kembali perhatian rakyat terhadap Zahid Hamidi supaya rakyat tidak menumpu kepada kesalahan dan kecurian wang rakyat yang dilakukan oleh Pemimpin Perikatan Nasional.
DEMONSTRASI GAGAL
Demo menjadi gagal kerana rakyat sedar ada isu lebih penting dan besar yang langsung pihak penganjur tidak ambil peduli.
Yang sangat jelas dilihat adalah kes pembebebasan Ahmad Zahid dari 47 kes yang direka oleh Tun Mahathir dan Kerajaan PH1.0 adalah kes tiada asas dan merit untuk diteruskan seperti laporan dari memo Pejabat Peguam Negara yang terbocor kepada pihak awam.
Sebaran meluas kandungan memo dimana didapati beberapa anggota DPP dan beberapa penyiasat telah pun mengiktiraf tiada apa pun untuk didakwa tetapi ‘seseorang’ telah melanggar etika dan perguna kuasa untuk mendakwa juga.
Namun, lambat laun akan diketahui juga kerana sasatan RCI terhadap bekas Peguam Negara yang terbabit akan bermula tidak lama lagi.
Berbalik kepada topik diatas, pihak Perikatan Nasional amat memerlukan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk memegang label sebagai “Kluster mahkamah” untuk “survival” politik mereka.
Ia satu bentuk dan cara untuk alih perhatian rakyat dari keburukan musuh umno itu sendiri.
Jika sebelum ini mereka perguna isu Najib Razak dan 1MDB. Kali ini mereka perlukan Zahid pula sebagai “punching bag” mereka.
Apa yang perlu , UMNO sendiri mesti perkuat serangan dan bukan melayan serangan mereka.
Sedari duklu lagi ahli UMNO kuat menjawab dan melayan isu yang dimainkan sambil isu besar dan isu penyelewengan pihak musuh tidak diserang ramai ramai oleh ahl UMNO.
Itu lah kelemahan UMNO sedangkan isu pihak musuh lagi besar dan dasyat.
Dipercayai akan adalagi sambumgan demo “Selamatkan Malaysia” dibeberapa tempat akibat penganjur tidak puas hati acara tidak mendapat sambutan ramai.
Namun, atas sebab ia satu isu palsu dan tidak ada kepentingan rakyat, maka ia tetap diramalkan gagal juga.