Polis ditembak kerana tak mahu naikkan pangkat anak saudara Nok

Polis ditembak kerana tak mahu naikkan pangkat anak saudara Nok

Polis ditembak kerana tak mahu naikkan pangkat anak saudara Nok
PARTI ulang tahun kelahiran dihadiri anggota dan pegawai polis. FOTO Agensi

Bangkok: Seramai 14 pegawai polis berdepan pertuduhan kerana cuai ketika menjalankan tugas susulan pembunuhan seorang inspektor polis pada satu majlis ulang tahun kelahiran di Nakhon Pathom di tengah Thailand, pada 6 September lalu.

The Straits Times melaporkan, Timbalan Ketua Polis Thailand, Surachate Hakparn dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan, mereka menghadapi pertuduhan kerana gagal membantu dua rakan setugas.

Mejar Polis Siwakorn Saibua, yang bertugas di Polis Lebuh Raya ditembak mati di majlis makan malam itu.



Sementara seorang lagi pegawai polis cedera terkena peluru sesat.

Majlis itu diadakan di rumah Praween Chankhlai, 35, iaitu ketua daerah kecil tempatan, yang dikenali sebagai Nok.

Menurut Biro Siasatan Pusat (CIB) pada Jumaat, tokoh berpengaruh di Nakhon Pathom, Praween dipercayai menjadi suspek utama dalam kes itu.

Mangsa, Inspektor Siwakorn, dilaporkan menolak permintaan Praween untuk menaikkan pangkat anak saudaranya dan keengganan (Siwakorn) dipercayai menjadi punca insiden itu.



Saksi kejadian, yang didakwa sebagai pengikut Praween berkata, Thananchai Manmak, menghampiri meja makan di majlis itu dan melepaskan tembakan ke arah Inspektor Siwakorn.

Kira-kira 30 pegawai polis hadir dalam parti itu, namun Praween dan Thananchai berjaya melarikan diri.

Thananchai terbunuh dalam kejadian berbalas tembak dengan polis CIB di wilayah Kanchanaburi dua hari kemudian.

Praween pula tampil menyerah diri kepada polis pada 7 September dan ditahan pada 9 September lalu.



Dia pernah menjalankan perniagaan yang membida banyak projek kerajaan, dan urusan perniagaannya kini sedang disiasat.

Pesuruhjaya CIB Jirabhop Bhuridej dalam satu kenyataan pada Jumaat memaklumkan, Praween berdepan hukuman mati dan penyiasat giat mengumpul bukti iaitu rakaman daripada 13 kamera litar tertutup (CCTV).

Polis ditembak kerana tak mahu naikkan pangkat anak saudara Nok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Cubaan PN Untuk Manipulasi Peserta Program Keretapi Sarong Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button