11 sekeluarga maut dalam bencana banjir di Panama

PANAMA CITY, 10 Ogos — Sebelas sekeluarga terbunuh dalam bencana banjir di Panama pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua, memetik pihak berkuasa perlindungan awam negara itu.

Rumah mangsa dihanyutkan arus deras selepas paras air Sungai Bejuco di wilayah Veraguas di barat Kota Panama, melimpah disebabkan hujan lebat, kata pegawai. Sembilan daripada mangsa adalah kanak-kanak.

Presiden Laurentino Cortizo menerusi akaun Twitternya turut mengucapkan takziah.



Misi mencari dan menyelamat masih diteruskan berikutan laporan awal 13 orang dikhuatiri hilang. Sebelum ini perkhidmatan perlindungan awam mengeluarkan amaran ribut diramal melanda kebanyakan negeri.

— BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading