Mayat dalam kereta: Reman tujuh suspek disambung seminggu
Mayat dalam kereta: Reman tujuh suspek disambung seminggu
KUALA LUMPUR: Tempoh reman ke atas tujuh suspek kes bunuh penganggur yang mayatnya ditemukan di dalam kereta di Batu 14, Puchong, 6 September lalu disambung tujuh hari lagi.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Kesemua tujuh suspek masih dalam tahanan reman sehingga 27 September ini.
“Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat bagi mendapat arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada 3 September lalu, mangsa berusia 26 tahun itu dilarikan sekumpulan lelaki di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, sebelum bapanya membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 4 September.
Hasil siasatan, polis menahan empat lelaki sebelum memperoleh maklumat susulan dan menemui mayat mangsa dalam kereta Proton Gen2 pada 6 September lalu.
Mayat ditemukan kira-kira jam 12.50 tengah malam di kawasan sebelah sebuah stesen minyak di Batu 14, Puchong.
Hasil soal siasat, polis menahan tiga lagi suspek menjadikan keseluruhan seramai tujuh suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.
Sebelum ini kesemua suspek direman sehingga 20 September lalu dengan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu melarikan orang dan Seksyen 302 akta sama iaitu membunuh.
Siasatan kes melarikan orang dijalankan Polis Daerah Cheras, Kuala Lumpur sebelum semua suspek diserahkan kepada Polis Daerah Subang Jaya untuk siasatan kes bunuh.
Mayat dalam kereta: Reman tujuh suspek disambung seminggu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapakah Ahli Politik Terkaya Di Malaysia?
- Polis Sahkan Ebit Liew Di Siasat Atas Dakwaan Rogol
- Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?