“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib
“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
“Jangan suka-suka guna nama ayahanda Najib untuk kepentingan politik sendiri” – ujar Datuk Nizar Najib bila ditanya mengenai satu klip video yang dimainkan pihak tertentu.
Nizar yang ditemui selepas ceramah mega Kerajaan Perpaduan di Dataran Simpang Pelangai, sempena PRK Pelangai malam tadi.
Beliau agak terkejut dengan pendedahan seorang individu mendakwa seorang bekas Perdana Menteri bertemu dengan Najib di Kajang.
Bagaimana individu tersebut memperolehi sumber berkaitan jika bukan dari bekas Perdana Menteri itu sendiri?
Nizar agak terkilan kerana nama Najib seringkali disalahguna oleh pihak tertentu bagi mengelirukan rakyat terutama apabila berlangsungnya PRK seperti di Pelangai.
Beliau turut mempertikaikan individu yang menaikmuat video dengan pertanyaan siapakah beliau, adakah beliau ahli keluarga dan berada bersama dalam pertemuan yang didakwanya?
Nizar dalam pada itu tegas menyatakan Najib adalah seorang yang SETIA kepada Umno dan BN. Malah beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk tidak menyokong Kerajaan Perpaduan.
“Jangan suka-suka guna nama Najib” – Nizar Najib
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Layakkah Mas Ermieyati Terus Menjadi Pengerusi PAC
- Peluang Perbicaraan Semula Kes SRC DS Najib
- Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Apa Sebenarnya Yang Najib Mahukan, Pengampunan Atau Keadilan?