Ajal ketika nak sampaikan ‘berita kematian’

Ajal ketika nak sampaikan ‘berita kematian’

Ajal ketika nak sampaikan 'berita kematian'
Motosikal Mohamad Rizuwan yang terbabit kemalangan di Kilometer 372.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2) dekat Bukit Besi semalam. – Foto NSTP/Rosli Ilham

DUNGUN: “Dia tidak mahu saya terkejut dengar berita cucu yang disangka meninggal dunia, sebab itu dia bergegas pulang.

“Tapi tidak sangka kejadian ini pula menimpanya,” kata Mat Nawi Omar, 70, mengenai anaknya, Mohamad Rizuwan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 372.1, Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Hentian Rawat & Rehat (R&R) Bukit Besi, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, Mohamad Rizuwan yang menunggang motosikal berkuasa tinggi terkorban ketika bergegas pulang ke rumahnya untuk memaklumkan kematian anak saudara yang juga cucu Mat Nawi.



Bagaimanapun, Mohamad Rizuwan tidak tahu yang anak saudaranya, Mohd Adam Haris Mohd Azam, 11, sebenarnya masih hidup.

Mat Nawi berkata, arwah anaknya yang masih bujang dan tinggal di Bukit Bading Ajil, Hulu Terengganu, mendengar berita kematian Mohd Adam yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu.

“Cucu saya sakit, bila dia (Rizuwan) terima berita itu, dia bergegas pulang untuk memaklumkan kejadian itu kepada saya. Dia tidak mahu beritahu melalui telefon mungkin takut saya terkejut.

“Saya tahu kejadian menimpanya daripada seorang lagi anak jam 5 petang. Memang terkejut dan saya segera ke Hospital Dungun,” katanya yang memberitahu arwah anak ketiga daripada enam beradik.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir, berkata kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa hilang kawalan ketika menghala ke arah Dungun, menyebabkannya terbabas ke lorong kanan dan merempuh besi pembahagi lebuh raya.

Katanya, mangsa tercampak dan terseret kira-kira 50 meter serta mengalami kecederaan parah.

Ajal ketika nak sampaikan ‘berita kematian’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button