Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza

Persembahan tiada yang istimewa, kucar-kacir…

Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza

Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza
Ezad akur dengan keputusan juri tetap ASGV.

KONSERT minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan penyanyi Ezad Lazim diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

Persembahan Ezad menyampaikan lagu Seksa dari kumpulan Ukays kurang menambat hati barisan juri sehingga menyebabkan dia berada di kedudukan tercorot.

Menurut juri iaitu Datuk Ramli MS persembahan Ezad tidak konsisten sedangkan lagu tersebut memiliki melodi yang mudah.



 

Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza
Ezad Lazim perserta tercorot pada minggu ketujuh ASGV.

“Sebutan juga kurang jelas dan tiada yang istimewa,” katanya.

Selain Ramli, ASGV juga dibarisi barisan juri Datuk Syafinaz dan Hetty Koes Endang.

ASGV yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad menyaksikan Hady Mirza berjaya menduduki tempat pertama dengan nyanyian lagu Romancinta.



Acara ini dikendalikan oleh pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Pada minggu ketujuh ASGV, Siti Nordiana diumumkan sebagai penerima Anugerah Gegaran Generasi Muda.

Manakal Naqiu pula membawa pulang hadiah bagi Anugerah Cuckoo Paling Gempak.

Ezad Lazim tersingkir minggu ketujuh All Stars Gegar Vaganza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wajarkah UMNO Terima Kembali KJ



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button