EPL: Hojlund perlu lebih banyak interaksi
EPL: Hojlund perlu lebih banyak interaksi
LONDON – Bekas penyerang Liverpool, Daniel Sturridge menasihatkan penggempur Manchester United, Rasmus Hojlund untuk mula berkongsi maklumat mengenai corak permainannya kepada rakan sepasukannya yang lain.
Menurutnya, perkongsian itu akan memudahkan Hojlund untuk mula meledak gol bersama pasukan itu secara konsisten ketika dia kini dilihat masih bergelut untuk mendapatkan persefahaman dan masih belum meledak sebarang gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Dia perlu banyak bercakap dengan rakan sepasukan supaya mereka tahu apa bagaimana hantaran dan umpanan yang perlu dilakukan kepadanya.
“Pengurus memiliki idea bagaimana pasukannya akan bermain dan anda perlu menyesuaikan diri kerana pada akhirnya anda yang akan mempersembahkan aksi itu. Setakat ini saya fikir dia bukanlah penyerang yang baik.
“Dia terdesak untuk membuktikan kemampuan. Mungkin dua cuba untuk mencipta peluang dan melakukan penyudah dengan caranya sendiri, tetapi berdasarkan statistik dia tidak banyak mendapat peluang seperti itu,” katanya.
Sementara itu, pengulas bola sepak, Jamie Carragher percaya bahawa keinginan Marcus Rashford dan Bruno Fernandes untuk menghasilkan jaringan menyebabkan Hojlund kurang mendapat umpanan untuk melakukan jaringan.
Jelasnya, perkara itu telah dilalui oleh Darwin Nunez ketika musim pertamanya di Liverpool, tetapi yakin perkara itu akan berubah sedikit demi sedikit apabila keserasian antara pemain mula membuahkan hasil. – AGENSI
EPL: Hojlund perlu lebih banyak interaksi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
- Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?
- Mungkinkah Mas Ermieyati Sembunyikan Sesuatu Dalam Laporan PAC Mengenai Perolehan Covid 19?
- Mahathir Label HAMAS Sebagai Pengganas