Pelajar maut digilis lori
Pelajar maut digilis lori
BALING: Seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua maut digilis lori di Simpang Tiga Jerai, Jalan Baru Kulim-Baling-Grik di sini, hari ini.
Muhammad Hazim Iskandar Mohd Hafiz, 14, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dan berpakaian seragam sukan sekolah, dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Carok Kangar, Kupang.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata mangsa yang menunggang sendirian dalam kejadian jam 1.50 tengah hari itu, dipercayai ingin keluar dari simpang di kiri jalan dan tidak menyedari lori yang sedang bergerak.
Katanya, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan bahagian kiri belakang lori, menyebabkan Muhammad Hazim terjatuh ke atas jalan.
“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri, menyebabkan kepalanya digilis tayar kiri lori.
“Berikutan kemalangan itu mangsa maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 31 tahun dan kelindannya yang berusia 27 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Shamsudin berkata, siasatan punca kemalangan masih dilakukan.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Pelajar maut digilis lori
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap Pemimpin Liga Arab – Islam Mengecewakan Dunia Islam
- Berdepan Tindakan Undang Undang, Siti Mastura Cuba Alih Tiang Gol
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :